.Rasa perut sebu..Mulut pahit.Sakit ulu hati gak maklum la kalau orang ada gastrik bila pregnant cam ni la jadiknya.Loya jer.Bila dah loya muntah badan pun jadik lemah jer..Bila nak habis nie??Rasa macam dah lama sangat lalui keadaan ini.Dugaan ibu mengandung nie.Nanti masa mak,abah & adik nak ke Mekah 25/10/10 nie Nanie dah pesan suh diaorg doakan Nanie..(macam2 pesan suh doa kat sana hehehe)..
Tak baik kan mengeluh keadaan ini.Tapi Nanie pun manusia biasa yang kadangkala rasa "kalah" dengan situasi yang dilalui.My friend cakap nak tengok Nanie senyum & cakap pun dah susah sekarang.Cakap bila perlu sahaja.Sorry my friend nak bukak mulut pun kena fikir takut yang lain ikut keluar sekali.Kalau yang "lain" tu keluar jap lagi terus Nanie dah tak larat so lebih baik diam2 je kat tempat sendiri.
Nanie lebih banyak membaca sesuatu yang memberi motivasi untuk diri sendiri berfikir & positif.Korang tahu tak majalah SOLUSI??Majalah nie berbentuk keagamaan tapi cara penyampaian dia best & mudah difahami.Edisi terbaru yang Nanie baca edisi 24.Ada cerita hikmah yang tersembunyi dalam tu dah berulangkali Nanie baca tapi tak jemu sebab itu macam peringatan untuk sendiri.Setiap yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi sebaliknya.Cepat atau lambat sahaja kebaikan @ kebenaran itu akan muncul.Buka hati & redha dengan apa yang perlu dilalui.Kita akan rasa mudah & tenang untuk laluinya.Peringatan untuk diri sendiri nie supaya jangan rasa susah melalui keadaan diri sekarang.Tenang & sabar dalam menempuhi keadaan ini..Insyaallah dihujungnya pasti ada kemanisan yang menanti...
No comments:
Post a Comment