Pages

Monday, October 4, 2010

Berita gembira...



Tak dijangka begitu cepat..Tapi alhamdulilah rezeki dari allah.Nanie pregnant lagi untuk yang ke 3.Actually dari lepas raya tak pernah sihat bila dah start rasa loya & muntah2 baru perasan ops!!peyed lewat..Last friday baru g klinik confirm 5weeks..Due insyallah on May 2011..
Kesihatan Nanie???Sama keadaan seperti Nurul&Afiq dulu alahan sangat teruk.Muntah jer..Bagi orang yang ada gastrik macam Nanie ini keadaan akan jadik teruk.Makan tak boleh langsung.Belum jumpa satu makanan yang kena dengan selera setakat ini.Semua yang dimakan akan keluar semula.Nanie sentiasa berdoa keadaan ini sekejap sahaja & dipermudahkan allah (kedua2 kali pregnant sebelum ini muntah selama tempoh kehamilan).
Setiap kali Nanie pregnant mesti akan ingat pada Cikgu Jayapal..Dia cikgu sains masa tingkatan 3.Setiap kali buat ujikaji yang pelik2 Nanie akan muntah sampai dia kata "ko nie kalau mengandung mesti teruk".Betul gak kata dia setiap kali pregnant mesti Nanie muntah2 yang berpanjangan.Kebetulan jer kot..
Setakat ini Nanie masih mampu kerja walaupun sangat la tak laratnya.Tapi Nanie kuatkan semangat tak mahu ikutkan hati nanti lagi la tak ok.Cuma kadang2 bila badan dah terlampau lemah Nanie mudah mengalirkan air mata (tak baik kan??)Sebab nangis??Rasa macam tak tertanggung lagi tapi cepat sedarkan diri jika ini ujian yang allah beri pada ku setiap kali pregnant bermakna aku insan terpilih yang mampu laluinya.Allah lebih tahu hikmah disebaliknya..Charge energy positif semula.
Kawan2 doakan kesihatan Nanie supaya ok & dipermudahkan allah kali ini.

2 comments:

Anonymous said...

tahniah nanie....jaga diri ye...

Lady of Leisure said...

tahniah nanie.. lady tumpang gembira..
:)