Pages

Showing posts with label My Family. Show all posts
Showing posts with label My Family. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

Alhamdulilah 8thn sudah & salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah buat semua semoga kehidupan kita diberkati & dirahmati allah selalu..
Alhamdulilah tarikh ini dilewati sekali lagi 27-11-2011...sekejab masa berlalu diam tak diam sudah 8tahun hidup berumahtangga disamping kurniaan berharga cahayamata tercinta..Semoga rumahtangga kami akan kekal bahagia hingga keakhirnya,diberkati & dirahmati allah selalu..Tiada perancangan untuk menyambut anniversary tahun ini memandangkan kesihatan anak2 yang demam..Tumpuan 100% pada mereka..saat entry ini ditulis pun Nanie sedang berjaga check suhu badan & hayunkan buaian Nurul Iman..sungguh risau nak tido pun..Bermula dengan Afiq Izzuddin demam..sambung Nurul Izzah & last Nurul Iman pulak..sungguh hati ibu ini terusik kalau lah semua kesakitan anak2 dapat dipindahkan pada ibu kan..
Sebenarnya dah lama tak menulis dalam blog ini agak kekok.Tak tahu apa nak tulis sangat..tak apa panaskan enjin dulu sesikit..Jumpa lagi nanti....
Semoga kebahagiaan & kesihatan melingkari kehidupan kita semua...


Monday, July 25, 2011

Bila dah bekerja....

Dah start keje dari 15/7 lagi dah tapi hari ni baru mau berkongsi cerita la..sangat kelam kelibut kehidupan ok pada permulaan..hari2 tak masak..Balik keje tapau sahaja..sampai 1 peringkat cakap kat hubby udah loya beli makan tapau hari2 hehehe baru seminggu tapau dah loya ye tak..Ngengada sungguh..tapi serius memang tak lalu hari2 makan beli punya.walaupun simple punya menu janji masak sendiri.Puas makan rasanya tau..
Hari pertama hantar anak2 ke BS..Bukan anak2 yang nangis dulu..Ibu yang sendu dulu ok huhuhu..Sedih sangat tau..erk!!nak cerita hubby pun sama cuma dia tak kuar airmata saja hehehe..Sementara nak biasa sendu je la..Masuk opis pun rindu sangattt dengan anak2.
Tapi alhamdulilah semakin membiasakan diri dah masuk minggu ke 3..memula jek kelam-kelibut sikit..dah semakin biasa keadaan ini so situasi semakin stabil..
Nanie sentiasa doakan semoga Nanie diberikan kesihatan yang baik untuk uruskan anak2,keluarga & kerjaya dengan sebaik mungkin...Insyaallah dengan izin allah...

Friday, December 17, 2010

Kenangan mak,abah & adik kat Mekah

Gambar2 kenangan mak,abah & adik ketika di Mekah..Seronok je tengok .Insyaallah nanti ada rezeki ingin jugak nak kesana..





Saturday, November 27, 2010

Ulangtahun Perkahwinan Ke 7...


Rasanya macam sekejap jer masa berlalu usia perkahwinan Nanie dah 7thn..Alhamdulilah dengan 2 org cahayamata penyeri rumahtangga kami &&& next year seorang lagi penyeri akan datang..Tak ada apa yang Nanie mahukan selain kebahagian berkekalan & keberkatan allah dalam rumahtangga kami.
To my lovely hubby..tq untuk segalanya selama ini.Tq kerana menjadi seorang nakhoda yang baik untuk rumahtangga kita.Semoga rumahtangga kita sentiasa bahagia & bertambah mudah rezeki kita.Mendoakan hanya yang terbaik untuk kita...Amin.I luv u so much sayang...

Friday, September 24, 2010

Tetamu Allah..



Insyaallah dengan izin allah mak,abah & adik akan menjejakkan kaki ke Mekah..Tarikh berangkat ke sana belum dapat tapi surat tawaran semua dah ditandatangani.Sekarang mak,abah & adik sedang sibuk menyiapkan semua urusan yang perlu.Alhamdulilah bersyukur sangat hajat mak & abah tercapai.Adik akan pergi sama sebab nak uruskan/jaga mak&abah.
Nanie gembira mak&abah pergi cuma perasaan ini berbeza.Tak tahu nak gambarkan macammana.Cuma hati lega sikit sebab adik ada so mak&abah akan senang sikit.Ada rasa sayu nak berjauhan lama dengan mak&abah..Selalu boleh call hari2 tanya khabar nanti dah jauh tambahan pulak beribadat tak kan nak kacau.
Mak,abah & adik..Na doakan yang terbaik untuk kalian semua..Semoga dipermudahkan segalanya & mendapat haji yang mabrur..
P/S :Adik ko balik nanti jadik Hajah Hajar Hanim..Pastu kena sopan2 sikit hehehe..

Wednesday, September 15, 2010

Kakak ipar ku..



Tetiba rasa nak cite pasal kakak ipar Nanie yang amat disayangi.Kakak ipar Nanie nie yang paling ngam,serasi & baik sangat title je kakak ipar tapi dia dah macam kakak sendiri.Nanie panggil dia k.su.Apa sahaja perkara Nanie share dengan dia.Nak ngadu apa2 kat along pun suh dia yang cakap hehehe.Tak tahu la nak cakap macam mana ye tapi along memang bertuah dapat k.su sebagai isteri.Mak&abah juga bertuah ada menantu macam k.su.Nanie bertuah jugak dapat kakak ipar sebaik k.su.
K.su tak ada kata yang dapat menzahirkan kasih sayang Na(nama manja i ok)pada k.su.Na sentiasa mendoakan yang terbaik untuk k.su,along & keluarga.Terima kasih untuk segalanya yang k.su lakukan selama ini.Luv u so much k.su..

Thursday, August 12, 2010

Friday, July 23, 2010

Sering ku rindui..





Wajah2 yang setiap hari ku rindui..Sentiasa berdoa semoga allah memberikan mereka kesihatan tubuh badan..Kemudahan beribadat.Permudah & perbanyakkan rezeki..Kebahagian dunia & akhirat..
Orang selalu cakap muka mak macam Nanie??Betul ker??Setiap kali merindui mereka air mata nie mudah sangat nak menitiskan..Sedangkan selalu cakap telefon..(ala dah nangis dah)..
Rindu mak & abah...