Sesi mengimbas memori lalu yer..Masa nie memang tak tahu pun Nanie pregnant sedar2 je dah gugur..
Jun 2006 - keguguran (6mgu)& kandungan luar rahim (ektopik pregnancy)(8mgu++)...
Ingat lagi tahun 2006 sakit perut macam senggugut tapi sakitnya lain macam sikit sampai gigit kain & mengigil sakitnya..Allah jer tahu sakitnya..sakit kali pertama pergi klinik Dr cakap period pain..After 2-3hr sakit itu datang lagi sampai tak terucap sakitnya..Hubby plak keje shift malam.Nanie tak bleh tido semalam hubby sampai jer rumah terus ajak g klinik..Sampai klinik ke 2 - dr kata macam sakit keguguran so test urine..Confirm gugur so Dr buat surat refer ke hospital.Masih ingat lagi dalam keadaan menahan kesakitan kat hospital plak menunggu lama.Adoi rasa cam nak jerittttt jek.Ini kes tak ada pengalaman g terjah hospital kerajaan la nie.Check punya check dr suh tunggu 2weeks prosedur macam tu katanya..Takut janin masih boleh berkembang..Nanie yang kesakitan tanya saya tak tahan sakitnya nie macam mana pulak.Still cakap prosedur..Keluar dari situ terus g cari private untuk buat D&C..Mana tahan sakitnya allah jer tahu suh tunggu 2 minggu lagi mau bagi ku pengsan hari2 tahan sakit.Sedangkan diaorg dah scan kantung ada tapi kosong dah..Kebetulan org sekampung hubby ada kerja kat tempat bersalin tapi jauhla sikit kat gombak jadik Nanie & hubby menuju ke sana untuk buat D&C.selesai 1 bab..Lepas buat D&C still bleeding sedangkan Nanie ada tanya2 kengkawan diaorg kata paling lama pun 1mgu je.Ini Nanie dah berlarutan 2mgu.G klinik bawah opis (masa tu keje Shah Alam) adeh Drnya kata kena g blik tempat buat D&C..Diaorg tak nak ambik risiko..Pehtu kuar dari bilik Dr geram jek nurse semua tengok macam kita gugurkan kandungan jek..Slumber jek ku cakap apa ingat aku buang anak ke.Aku dah kahwin la..geram jek kan.
Pergi ke klinik Gombak tu balik Dr yang buat D&C tu cuti ler pulak..Esoknya pegi lagi Dr tu kata dia memang confirm masa buat D&C tu rahim dah bersih kenapa still bleeding.Scan semua rahim clear tapi urine still tunjukkan pregnant..Dr kata maybe luar rahim cuma dia pelik kenapa Nanie tak sakit..Biasanya kalau ada kandungan luar rahim mesti sakit tambahan pulak dah 8mgu waktu tu.Buat surat untuk refer hospital lagik sebab kat hospital je ada peralatan lengkap untuk scan kandungan luar rahim itupun Dr suh makan ubat berhentikan bleeding dulu.Esoknya p opis kakak kat opis cakap better terus ke hospital terus tak yah tunggu 2@3 hr sebab dia kata kandungan luar rahim bahaya..Nanie pun ajak le hubby p hospital terdekat dengan opis Klang jek la.Sampai sana after menunggu berejam2..Check2 confirm kandungan luar rahim tunggu pakar datang plak guna scan yang panjang tu masuk(apa ke nama pun tak tau) tetiba dia cakap u kena operation hr nie jugak tak bleh tunggu lagi.Bahaya..Boleh kami (sebab untuk confirmkan kandungan tu ada 4 pakar yang datang) jumpa husband u??Waktu tu Nanie & hubby macam terawang2 dengar penerangan Dr tu.Operation room kosong je Nanie akn masuk.Takut??waktu tu memang totally blank.Tak leh fikir apa2 dah.Saling berpandangan dengan hubby tanpa kata2.Sampai kat wad pun masa Nurse suh salin baju pakai baju persediaan untuk operation still diam tak cakap dengan hubby.Call family semua dah kelam-kelibut.Mak tipon nangis2 rupanya hubby tipon mak & nangis tu(see my hubby depan ai cover je..maybe tak nak Nanie nangis sama..Luv u sayang)Dengan tak ready apa2.Tahu la pakaian ke opis dengan kasut tinggi lagi..Satu barang pun tak de.Masa masuk wad kul 5pm++camtu..hubby g cari kedai beli selipar.Nanie dah tak bleh makan apa2 waktu tu.Masa dok kat wad pun still tak cakap sangat cuma saling berpandangan & pegang erat tangan je.Tak mampu luahkan apa2 pun.Dalam keadaan getir macam tu hanya kami berdua je yang hadapi tiada family lain.Sampai kul 9pm nurse cakap siap dah leh masuk operation room..Sampai kat bilik persediaan bleh plak buat kelakar org lain nyer turn rupanya.Dah tolak masuk wad balik.Lum naik katil nurse datang pulak cakap masuk sekarang orang tadi tu p makan pulak mana leh buat operation.Dah tolak balik ke operation room.Saat berpisah dengan hubby depan operation room baru air mata hubby & Nanie menitis.Memeluk & cium Nanie berkali2..Saat itu sangat2 sayu & pilu ok.Nanie mohon ampun & maaf pada hubby if ada kesilapan semua.Masuk ke bilik persediaan malu sangatsebab yang kat situ semua lelaki muda2 plak tu.Ikatkan tali baju kat belakang(dah le tak pakai apa2 tutup dengan baju itu jer).Kemaskan rambut semua sebelum masuk dalam operation room.Ok siap.Masuk dalam uih!macam tengok dalam TV tu semua keadaannya.Nurse plak belum habis kira peralatan yang diaorg nak guna untuk operation..Sorang angkat alat tu tunjuk sorag sebut kuat2.Harus la Nanie ngeri.Siap pasang radio THR lagi dalam tu.Dr datang & cakap if kalau boleh buat melalui tebuk kat pusat so akan guna kaedah tu if not guna cara lain.Then Dr tanya dah sedia??Nanie cakap ok.Dr terus bius & kira tak sampai 10 pun Nanie dah tak sedar..Operation tu makan masa yang lama lebih kurang kul 2.30am-3.00am br Nanie tersedar.Masa tersedar tu rasa sakit yang amat sangat mengigil2 tahan sakit.Bayangkan luka kecik pun pedih ini Nanie yang ditoreh panjang kat bahagian rahim.Tak terkata sakitnya sementara Nurse bagi ubat & kesan ubat tu nak jalan.Dah sedar baru diaorg kuarkan dari bilik ke 2 kat operation room tu.Nampak hubby kat luar yg terus pegang Nanie.Tapi dek kerana kesakitan & kesan ubat dah jalan Nanie sedar tak sedar je apa yang hubby cakap.Masuk wad memang tak sedar semula.Sedar tak sedar pun sebab rasa nak terkucil tapi tak leh bangun nak panggil nurse suara tak de.Dalam dok gagau2 nak tekan button panggil nurse kakak katil sebelah perasan & tolong panggilkan nurse.Tq akak.Br la nurse datang pasang urine bag tu..Peh tu lelap balik.
Esoknya sedar pagi memang tak leh cakap langsung rasa macam kerongkong berbulu jer.Kesan diaorg masukkan alat yang macam kita tengok dalam tv tu la.Pagi Dr pakar dtg melawat & bagi penerangan apa yang Nanie lalui smalam.Tapi kesan ubat tahan sakit tu memang kuat dengar tak dengar,sedar tak sedar je.Yang tangkap cuma masa pembedahan ada masalah sebab ada 2janin kat luar & diaorg dah potong tiup filopio sebelah kiri demi keselamatan Nanie.Pehtu ada la lagi yang diaorg cakap panjang lebar penerangannya ku angguk jek la.Kakak ipar datang melawat terus menangis tengok Nanie..Nanie tak nangis sebab memang masih separa sedar.Masa kat wad memang tak bleh telan makanan langsung + cakap pun tak boleh.Main bahasa isyarat je dengan hubby.5hr dok kat wad akhirnya dibenarkan keluar.Saat paling dinantikan.Keluar wad MC 1bulan.Balik kampung sampaila dekat nak abis MC baru balik Puchong.Kenangan tu tak boleh lupa.Kalau Nanie tak gugur + ektopik pregnancy-Nanie ada kembar 3 ok..Maybe bukan rezeki hubby & Nanie..Allah tahu apa yang terbaik untuk kita kan.Redha walau sering teringat jugak..Pahit manis kehidupan yang pernah kulalui.....
No comments:
Post a Comment