
Dah sekolah langsing pulak...
Tetiba rasa macam nak mengulang memori lama mengandung & melahirkankan cahayamata tercinta....Rajinnnn pulak tangan nie ye nak mengarang.If one day Nurul baca apa yang ibu tulis kakak akan tahu apa yang ibu lalui ye sayang..
Cahaya mata pertama - Nurul Izzah Bt Asrul - Lahir 1/11/2004 jam 3.04pm.
Mula2 tahu mengandungkan Nurul sangat terkejut sebab cik P datang seperti biasa setiap bulan..tak ada miss..cuma demam yang berpanjangan membuatkan Nanie dapat tahu pregnant.Mula2 pregnant Nanie alami alahan yang teruk..Muntah2 yang berpanjangan berlarutan sampai la bersalin.3bln pertama paling teruk untuk dilalui..Sampaikan Nanie selalu menangis sebab tak tahan lalui alahan..Yang boleh dimakan waktu tu biskut kering & air sejuk je..makanan lain semua akan keluar balik..Memang memerlukan kekuatan menempuhi saat itu..Alhamdulilah masuk bulan ke 4 walaupun still muntah2 tapi tak seterul 3bln pertama..selera makan semakin baik & paling kelakar waktu pregnantkan Nurul suka melawa..Nak ke kedai bawah umah pun pakai lipstik.Nak ke pasar malam pas balik keja pun mandi dulu siap2 lawa kat opis baru g + suka sangat berjalan a.k.a bersopink.Uik!!patutla semacam perempuan rupanya hehehe.
9bulan dilalui dengan penuh debaran & kesabaran..Lebih kurang 1mgu lebih sebelum due bersalin tetiba dengar berita sedih pasal mak yang dimasukkan ke hospital sebab jangkitan kuman pada kaki.Itupun bukan mak/abah yang bagitahu orang lain yang sampaikan..Rupanya mak dah seminggu di wad.Memandangkan Nanie yang sarat so semua adik2 beradik tutup mulut rahsiakan dari Nanie..Tahu saja berita tu bergegas Nanie balik kampung..Tawakal je walaupun takut2 bersalin dalam perjalanan balik.Alhamdulilah selamat sampai terus g hospital.Allah jek yang tahu keadaan waktu itu dengan mak yang tak sihat & diam tak bercakap kesan trauma pencuri jahanam masuk umah.Nanie menangis sahaja.Dalam keadaan sarat setiap hari Nanie berulang alik kehospital lawat mak & bulan puasa pulak tu.Alhamdulilah mampu berpuasa walaupun sarat.Masuk hr ke 2kat kg..Hubby dah nak balik ke Puchong sebab kena kerja.Dalam linangan airmata lepaskan hubby balik sementara Nanie stay je kat kampung sementara tunggu waktu bersalin.Mak menjalani pembedahan potong kaki pada 28/10/2004 akibat jangkitan kuman pada luka yang terjadi masa kejadian rompakan kat umah.After pembedahan selesai kami adik-beradik berkampung kat wad..Allah kuatkan Nanie walaupun sarat masih mampu berulang alik dari rumah ke Hospital tentera kat Lumut yang ambil masa 1jam perjalanan setiap hari.
Masa 31/10/04 hr tu memang Nanie tak larat sangat & baring jek dalam bilik.Jadik tak ikut abah g lawat mak.Kuar pun sebab tengok abah yang nak pegi ke hospital.Abah keluar je Nanie mandi.Masa mandi nampak ada turun darah terus call abah.bergegas abah pusing balik tak jadik g lawat mak & hantar Nanie ke hospital.2 haluan yang berbeza.Mak di Hospital tentera Lumut & nanie menuju ke Hospital Taiping.Kesian tengok abah waktu tu.call hubby kat tempat keja bgtahu keadaan angkat beg pergi klinik kesihatan nurse check dah buka 2cm waktu tu.Terus ke hospital masuk wad jam 3pm.Subhanallah maklumla anak pertama kesakitan berpanjangan jalan tak buka2.Hubby sampai lebih kurang kul 8pm.Berkampung tido kat hospital menunggu Nanie yang kesakitan.Hubby pun nangis jugak tengok keadaan Nanie yang menahan sakit.Sebabkan sakit jadiknya selera makan pun tak ada sedangkan sebelum turun tanda bersalin tu Nanie puasa..Detik demi detik berlalu menahan kesakitan dengan jalan yang berapa kali check pun baru 3cm..Hanya zikir jek peneman saat sakit tu kalau tak jadik macam katil sebelah yang merayu2 minta dibedah tak tahan sakit..Esoknya 1/11/2004 lebih kurang kul 10am bukaan dah sampai 4cm..terus diaorg suh masuk ke labour room tapi Nanie jalan jer ke sana..Masa dalam labour room ada 1 nurse tanya ada minyak@air selusuh tak sian tengok ko dah semalaman sakit tak bersalin jugak.Nanie jawab ada kat katil.dia suh junior nurse g amik & bagi Nanie minum.Masa dalam labour room boleh muntah la pulak.Lepas muntah Dr suh Nurse bancuh milo bagi Nanie minum sebab keadaan Nanie yang dah lemah tak makan peh tu muntah lagi dia takut tak ada tenaga nak push.makin lama makin sakit aduh berzikir jek la tahan sakit walaupun waktu ada rasa nak sepak orang(sempat lagi tu hehehe)..dah le sakit ada nurse pelatih dok pegang perut pulak..Luper nak cite masa bersalinkan Nurul mana ada bilik2 nie tutup pakai tirai jek..Maybe sebab sakit terlalu lama tetiba ada dr cakap bb nyer degup jantung dah dengar slow..Ada pulak alat apa that yang diaorg ikat kat peha & 1 bahagian lagi sambung ke baby(masuk dalam ok huhuhu) untuk dengar degup jantung bb..Ahamdulilah dalam kepayahan tu saat manis tiba..beberapa kali teran jek keluar la Nurul Izzah tepat jam 3.04pm..Selepas 24jam menahan sakitnya..Paling tak tahan masa kena jahit tu la huhuhu ngeri sungguh baik sakit bersalin lagi daripada sakit kena jahit tu..Ku rasa la..selesai semua ditolak kuar dari labour room..hubby dah tunggu tak dan2 nak cium dahi ibu..hehehe.Nanie terus cuba susukan Nurul walaupun serius sangat kekok sebab masa anak pertama memang zero ilmu pasal BF..sebab tu Nurul cuma BF sampai 6bln jek..Bila bb dah kencing/berak semua esoknya leh keluar wad..Berpantang dulu kat umah MIL sebabnya mak Nanie pun masih kat Wad lum kuar..sadis tul dah la anak pertama kena pantang umah MIL.masa hubby ada tak rasa pe sangat..Bila hubby nak balik Puchong.melalak la ai..huhuhu.Seb baik masa hr ke 14 pantang abah jemput balik umah bila mak pun dah kuar hospital.Sedih2 ingat waktu tu & sian abah jugak kena jaga Nanie & urus jugak mak waktu yang sama..Seb baik dah sihat kan jadiknya tak ada masalah sangat.just memang Nanie betul2 mandikan Nurul pas balik ke PUchong kat kampung semua diaorg buat..memula kekok la maklumla pengalaman pertama..Alhamdulilah pelan2 belajar sesama dengan hubby cam ne jaga bb/anak..Sekarang Nurul Izzah Bt Asrul dah darjah 1 pun..Namun segala kenangan waktu pregnant & melahirkan dia tetap segar dalam ingatan ini..Nanie berdoa dia akan jadik anak yang solehah..Berjaya dunia & akhirat...
2 comments:
sebagai ibu,kita takkan lupakan,macam mana pengalaman kita melahirkan tiap2 anak.terasa segar di ingatan..hehe
tetiba rasa nak share Ash..semoga Nurul baca suatu hari nanti...
Post a Comment