Pages

Thursday, October 28, 2010

Afiq dah 2thn..



Hari ini Afiq dah 2thn.Terasa sekejapnya masa berlalu.Masih terbayang lagi saat melahirkannya..Sakitnya diinduce ouch!!.Sekarang Afiq dah pandai2 macam2 selari dengan usianya..&&& paling tak tahan suka menyakat kakak.Mangsa yang paling disukainya.Mengajuk apa yang kakak buat dah jadik macam kegemaran dia.Paling tak tahan kalau kakak menangis dia tiru.Ibu nak marah pun tak boleh sebab kelakar sangat tengok gelagat dia.Bertuah betul anak ibu ini..Sambutan besday kena tengok kesihatan ibu ye sayang..Kalau ok ibu akan buat jugak sikit2 supaya anak ibu happy..
Semoga anak ibu akan jadik anak yang soleh.Berjaya dunia & akhirat.Amin

note: Smalam mak call daripada Madinah.Nanie yang tak sihat dari hari mak pergi terus macam dapat vitamin kesegaran.Dah 3hr tak jamah nasi pun sebab tak ada selera..Pagi nie bangun tidur je terus lapar.Masak nasi pepagi & daging masak kicap.Sampai tempat keje jer makan terus.Berselera hehehe..Lega dengar suara mak hilang semua sakit..

Wednesday, October 27, 2010

Dah rindu..

Selalu time tengahari tipon mak @ abah tanya makan apa hari nie????Kalau rasa nak cakap sesuatu @ luahan rasa pun akan tipon mak @ adik..Pendek kata memang hari2 akan cakap dengan diaorg..Tapi sekarang tak boleh tipon diaorang...Mana boleh kacau diaorang beribadahkan..Tunggu diaorang tipon je boleh maknanya diaorang free la tu.
Rasa tepu pulak otak nie tak dapat cakap dengan diaorang.Maklumla segalanya dikongsi bersama..Hem.....

Mak,abah & adik dah selamat ke Mekah..

25.10.2010 Isnin..Mak,abah & adik dah selamat berangkat ke Mekah..Faham mereka menunaikan ibadah tapi hati ini tetap sayu & pilu melepaskan mereka.Seawal pagi kul 7am kami keluar daripada rumah along di Rawang..Kami 7beradik semua ada menghantar mereka ke Kelana Jaya konvoi dengan 4biji kereta.Sampai di Kelana Jaya jam 7.52am walaupun jalan sesak alhamdulilah sempat sampai sebelum sampai waktu mak,abah & adik kena lapor diri.Semakin dekat waktu mereka berangkat semakin lebat air mata ini gugur.Ya!allah kuatkan hati kami adik beradik.Kami tak mampu berkata2 saat itu.Setiap orang berdiam diri & melayani perasaan sendiri.Bersilih ganti kami memeluk mak,abah & adik.Sungguh waktu itu hanya tuhan yang tahu apa rasanya perasaan ini.Kami mendoakan yang mak,abah& adik akan dipermudahkan segala urusan disana,mendapat haji yang mabrur,kesihatan yang baik & selamat kembali pada 7.12.2010.
Masih terbayang saat2 melihat mereka masa kali terakhir berangkat & sampai saat ini gambaran itu masih menari2 diruang mata ini.Mak ditolak oleh petugas tabung haji(mak guna kerusi roda) sementara adik & abah uruskan beg & pendaftaran di pintu masuk.Alhamdulilah segalanya dipermudahkan petugas tabung haji juga sangat membantu.Kami hanya dapat melihat mak,abah & adik sampai pintu ke 2 sahaja.Kami semua tunggu dipintu ke 2 nampak abah tolak mak,adik sedang bawak 2beg.Sungguh saat itu kami semua hanya mengalirkan air mata..Tiada kata yang mampu diucapkan untuk menggambarkan apa yang ada dihati.Hanya mendoakan yang terbaik..Kami semua sayang kamu..

Friday, October 22, 2010

Selera ku sekarang....

Selera makan sekarang lum begitu baik..Tapi dah start ada feel teringin nak makan sesuatu..tengok gambar pun dah teringin..Teruk betul la kan??Hehehe..Nasib baik my hubby layankan..Bila NAnie teringin nak makan memang bila hubby bawak Nanie akan makan ok..No more muka kerut2 bila hubby suh makan..Dengan rela hati akan makan..hehehe..Cuma still tak lalu telan ikan & tekak pun dah tak boleh terima ayam so???Macam2 ragam kan.Hubby cakap adik Afiq nie lagi meragam kan ibu...


Tetiba lalu depan restoran Ayam penyet..Nampak gambar udang penyet...Air liur start meleleh..Then call hubby eh!teringin la nak makan udang penyet.Hubby cakap esok ye??NAnie cakap tak nak..Nak hari nie jugak tak boleh tunggu lagi..Haiyok buruk tul kelaku..Seb baik la dekat rumah ada Restoran Ayam Penyet tu so tercapaila hajatku..Hehehe.

Pastu masa dok fikir2 nak lunch apa kat office teringat HA!sedap kalau dapat makan claypot chicken rice..Dengan gigihnya Nanie jalan kaki ke IOI Mall masa lunch demi memenuhi keinginan hati...My hubby geleng kepala..Ye la selalu nak jalan jauh sikit pun tak nak nanti penat tapi demi anak tekakku sanggup tu..

Kalau tak ada rasa nak makan apa kat rumah memang ini lauk yang sering dimakan selain daripada telur..Selera pun ala2 je kan..Melainkan kalau ada rasa nak makan ok..KAlau tak ada selera Nanie akan positifkan minda cakap ingat baby dalam perut & kena jaga kesihatan..So ala2 telan jer....

PALING TAK PERCAYA....Benda yang selama ini Nanie boleh la rasa sikit2 jer sebab tak berapa gemar ikan sungai.Semalam hubby nak makan..Dia goreng la kan NAnie dah larik masuk bilik sebab baunya boleh pengsan Nanie rasa..Bila dah siap????Hubby cakap rasa la mana tahu boleh makan pulak..Nanie pun rasa la sebab smalam lauk untuk Nanie just ada sayur kobis jer..Yang lain tak lalu...Memula rasa sikit &&&&&&&&&&& sedapla pulak..

Wah!!!Nanie boleh la pulak mamam ikan pekasam nie....
Hem...macam2 kan kalau time pregnant nie..Selera larik banyak dari yang asal.Janji ibu & baby sihat..Selera larik tpi kena try & error mana tahu ada yang tak lalu tapi time2 nie lalu la pulaks nak makan...Macam2 ragam tul...

Ihsan gambar : sumber dari incik yahoo..

Monday, October 18, 2010

Roti Arab..


(Abaikan ye rupa yang kurang menarik nie..Tapi rasa dia best..Hehehe)

Masa BW terjumpa la resepi buat roti arab nie..Disebabkan cara buat yang sangat simple so Nanie pun try la buat untuk minum petang.Mudah & hasilnya sangat sedap.Masa memula buat ingat sempat la hantar ke rumah bb sitter.Tapi memang tak sempat hantar Nurul & Afiq semangat punya makan sampai balance tinggal 2@3 keping je.So next time kena buat lagi.Memang sedap kena plak time panas2 & makan dengan kuah kari.Tapi maaf sangat dengan tuan punya resepi nie.Salin je masa haritu pas tu dah tak ingat dari mana dapat resepi nie.Tapi apa pun resepi nie memang best.Next time ingat nak try letak inti kacang merah plak..Mari kita share resepinya..Nanie cuma buat 1/2 daripada resepi ini & dapat la dalam 12biji roti yang comel2..

Bahan-bahannya :
500g tepung gandum
3g yis
2 sudu besar butter
2 sudu besar minyak masak
2 sudu gula (suka manis boleh tambah lagi gula)
300ml air suam

Cara membuatnya :
Tepung gandum campur dengan Yis
Butter,minyak,air & gula dicampur sekali kacau sebati.
Masukkan campuran butter,minyak,air & gula sedikit demi sedikit dalam campuran tepung & yis.
Uli sampai menjadi doh
Biarkan doh menjadi kembang dalam 1jam dalam bekas yang bertutup
Lepas 1jam uli sekejap doh & buat ketulan2 kecil
Canaikan doh bagi nipis
Goreng dalam minyak yang cukup panas
Dah jadi kembung roti tu baru pusing bahagian satu lagi..

Friday, October 15, 2010

Tips & doa untuk membentuk peribadi anak.

Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan seperti berikut. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1.Selalu amalkan baca 'Ya Latif' sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2.Banyak bersabar dan yang utama,jangan cepat melenting jika anak melakukan sesuatu yang di luar dugaan.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.

3.Banyakkan berdoa kepada Allah dan minta dilembutkan hati anak-anak.

4.Bila bangun pagi, peluk anak sebanyak tiga kali,usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati(bergantung pada niat kita untuk di anak).

5.Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,"Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya)."Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.

6.Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran,baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 daripada surah as-Syura bermaksud"Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya;Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki,dan Dialah Yang Maha Kuat,Lagi Maha Kuasa"Sebaik-baiknya dibaca selepas Subuh,baca pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

7.Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:"Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya."

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir'Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman'berulang-ulang.Semua ini Insya-Allah adalah da pelembut hati.Begitu juga,Surah Toha ayat 1hingga 8,surah ar-reahman ayat 1 hingga 4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.

8.Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik,amalkan ayat 38 daripada Surah Ali Imran iaitu doa Nabi Zakaria yang bermaksud,"Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya,katanya:Wahai Tuhanku!Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik;sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar(menerima)doa permohonan."

9.Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan.Sebaik-baiknya setiap malam ketika anak dalam keadaan baru hendak tidur,ketika ini otak mereka sedang berehat dan lebih cepat mendengar kata.

10.Selepas solat lima waktu,amalkan doa daripada ayat 74 daripada Surah al-Furqan yang bermaksud,"Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata:Wahai Tuhan kami,berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu)bertakwa."

Amalkan juga ayat 40 daripada Surah Ibrahim yang bermaksud,"Wahai Tuhanku!Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang,dan zurait keturunanku.Wahai Tuhan kami,perkenankan doaku."Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak.Doa itu senjata orang mukmin.


Ilmu untuk kita semua...
sumber : www.mrse1faaezmom.blogspot.com.

Thursday, October 14, 2010

Bila nak habis nie???

.

Rasa perut sebu..Mulut pahit.Sakit ulu hati gak maklum la kalau orang ada gastrik bila pregnant cam ni la jadiknya.Loya jer.Bila dah loya muntah badan pun jadik lemah jer..Bila nak habis nie??Rasa macam dah lama sangat lalui keadaan ini.Dugaan ibu mengandung nie.Nanti masa mak,abah & adik nak ke Mekah 25/10/10 nie Nanie dah pesan suh diaorg doakan Nanie..(macam2 pesan suh doa kat sana hehehe)..
Tak baik kan mengeluh keadaan ini.Tapi Nanie pun manusia biasa yang kadangkala rasa "kalah" dengan situasi yang dilalui.My friend cakap nak tengok Nanie senyum & cakap pun dah susah sekarang.Cakap bila perlu sahaja.Sorry my friend nak bukak mulut pun kena fikir takut yang lain ikut keluar sekali.Kalau yang "lain" tu keluar jap lagi terus Nanie dah tak larat so lebih baik diam2 je kat tempat sendiri.
Nanie lebih banyak membaca sesuatu yang memberi motivasi untuk diri sendiri berfikir & positif.Korang tahu tak majalah SOLUSI??Majalah nie berbentuk keagamaan tapi cara penyampaian dia best & mudah difahami.Edisi terbaru yang Nanie baca edisi 24.Ada cerita hikmah yang tersembunyi dalam tu dah berulangkali Nanie baca tapi tak jemu sebab itu macam peringatan untuk sendiri.Setiap yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi sebaliknya.Cepat atau lambat sahaja kebaikan @ kebenaran itu akan muncul.Buka hati & redha dengan apa yang perlu dilalui.Kita akan rasa mudah & tenang untuk laluinya.Peringatan untuk diri sendiri nie supaya jangan rasa susah melalui keadaan diri sekarang.Tenang & sabar dalam menempuhi keadaan ini..Insyaallah dihujungnya pasti ada kemanisan yang menanti...

Monday, October 11, 2010

Ceritaraku..

Emm..Sejak alami alahan nie Nanie dah gantung periuk.Tak masak sebabnya tak tahan bau.Goreng telur pun bau cam busuk daa.Muntah jangan cakap sehari paling sikit 4kali jer..Paling teruk mahunya 7@8 kali sehari.Semuanya bau busuk.Aiyok macam Nanie jer yang wangi sekarang hahaha..Sian ngan my hubby & anak2 makan tapau jer.Tq to my hubby yang sangat memahami keadaan Nanie sekarang.Since last Saturday sebab sian kat hubby yang nak makan home made nyer makanan.Nanie order dengan my baby sitter.Hehehe beli gak tapi special home made nyer.So setakat mana tak mampu masak nie import je makanan dari sana.Balik masak nasi jer.Easy kan???Goreng nugget & sosej untuk anak2 pun dah macam ninja punya tutup hidung..Seb baik la anak2 pun tak meragam sangat cuma Afiq demam sikit since semalam so biasala budak2 kalau demam mesti merengek jer.
Selera makan Nanie memang dah tak ada.Semuanya tak lalu.&&& paling tak lalu nak makan langsung ialah IKAN.Pelik kan ikan tak lalu makan???Sebelum ni inilah hantu makan ikan hehehe.Macam2 peel datang kalau pregnant.Tapi disebabkan Afiq still BF & tambahan plak pregnant macam nie so memang akan "gagah"kan diri untuk makan.Bercinta nak makan..Siap boleh baring2 dulu baru sambung makan.My hubby selalu pesan kuatkan semangat fikir baby & Afiq yang BF tu so telan2 jer..
Sekarang dah 7weeks harp keadaan ini sekejap jer.Lepas nie akan segar bugar sentiasa..

Wednesday, October 6, 2010

SARARISA 2nd ANNIVERSARY GIVEAWAY


Menarik betul hadiah yang akan diberikan pada pemenang oleh tuan punya blog nie.So Nanie cuba nasib mana tahu ada rezeki.Jom kita joint ramai2...SARARISA 2nd ANNIVERSARY GIVEAWAY.
Untuk Sara Hepi Anniversary ye...


Fuh Kiri Fuh Kanan minta2 ada la rezeki teman..hehehe (siap ada mentera tu)

Nurul punya cerita...



My lovely Nurul nie suka bercakap tau.Kalau dia nak tegur apa2 pada Nanie dia main cakap jer.Pernah diategur Nanie naik motor nampak la kaki sikit "Ibu nie tak malu ker aurat kaki nampak"Malu giler ibu dia nie macam kena tumbuk hehehe tapi dari situ Nanie lebih berhati-hati supaya terjaga.Macam2 cerita dia ada.Sejak Nanie pregnant nie..Macam2 nama yang dia cadangkan.Kalau girl dia kata kakak nak nama Qistina Balqis.Amboi vougenya nama.Kalau lelaki ada ke Adam Stacy??Terpengaruh betul dengan lagu Adam Stacy yang dia suka menari tu..Kalau Nanie muntah2 je dia akan cakap..Ibu lebih baik ibu jangan makan karang muntah membazir jer makanan yang ibu makan tu..Hemmm..lebbey ye..Hehehe tapi dia jugak la dah boleh diharap membantu apa yang patut.Dia rajin doakan Nanie sihat..Picit kaki & dll.Dia jugak rajin membuli & dibuli oleh Afiq.Mood ok we are "gang"..Mood tak ok siap la asyik rebut mainan & buku..Aiyokkkk...
Nurul suka sangat guna alat mekap Nanie kalau tak bagi mula merajuk.Nanie risau je takut kulit dia rosak guna krim pelembab semua tu..(Boleh rosak ke ha???)Tapi tu la kata perempuan ikut je ibu dia mekap pepagi kalau bersiap..Sama sibuk dia guna semua barang Nanie..Dah pandai nak melawa & melaram..Tapi kalau mood tak ok nak suruh sikat rambut pun jenuh...
Nurul oh nurul semoga jadik anak yang solehah ye sayang.Ibu sayang kakak...

Hari ini...

Arghhhhhhh....setakat entry nie ditulis (jam sekarang 11.31am) Nanie dah 3-4kali muntah2.Makan apa pun kuar balik..Minum pun boleh muntah..Adoi..Kuatkan lah semangat ku Ya!allah..Permudahkan perjalanan ku ini.Badan lemah sungguh tapi masih mampu lagi bekerja.Duduk rumah lagi manja nak baring jer baik datang keje lawan sikit "lemah" tu.Jauh lagi perjalanan ini.Hanya kekuatan,ketabahan&kesabaran diperlukan untuk melaluinya sebelum tiba masa untuk sicomel ku lahir.

Tuesday, October 5, 2010

Comei lote contest by Jaijina





wah..pepagi jenguk blog Fiza nampakla contest yang menarik nie..Hadiah dia best tau..So pertama kali joint contest..Harap2 ada rezeki Afiq

dan syarat² penyertaan adalah seperti berikut :-


1. buat satu n3 khas mengenai contest ini..hanya n3 yang bertajuk "comei lotte contest by jaijina" akan di terima.: Done2. di wajibkan menjadi follower http://jaijina.blogspot.com/ : Done3. seperti biasa, letak kan blog http://jaijina.blogspot.com/ sebagai blog list korang..:Done
4. letak kan juga banner seperti di atas dalam n3 & side bar korang..banner tu mesti link terus ke n3 ni..:Done
5. letak kan sekeping sahaja gambar kanak² yg korang rasa terbaik kecomelanya..kanak² (tak kira anak korang atau bukan..asalkan jgn colik anak org lain, sudaaaa) terbabit hendaklah berumur diantara 1tahun hingga 4 tahun..
6. letak kan nama, umur, nama ibu/bapa pada setiap gambar tersebut..ceritakan serba sedikit kenapa korang rasa kanak² dalam gamba tersebut adalah comei lotte..
7. tinggalkan komen korang pada n3 ini sahaja..selain dari itu, tidak akan di layan..:Done8. tarikh akhir penyertaan adalah sehingga 24 oktober 2010 jam 12 tgh malam.
9. korang juga boleh meng"tag" 3lagi kawan² anda yang lain..dgn ini aku nak tag :-
Saper yer nak di"tag"...ha..
Wina
Farah
K.maz

Ini gambar yang Nanie pertaruhkan..


Nama Anak : Afiq Izzuddin Bin Asrul
Nama Ibu : Nanie
Umur Afiq : 2thn
Gambar nie comei lote sebab Afiq masa nie mood tak ok..Tapi bila Nanie ambik camera jer nak ambil gambar dia terus sengih kerang cam nie..

Monday, October 4, 2010

Kelebihan Kurma,Kismis & Madu untuk wanita hamil

Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:

1. Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

1. KURMA



Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

2. KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

3. MADU

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Rasul saw sangat menyenangi madu”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat yaitu meminum dan membaca Al-Quran”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: “Madu adalah ubat dari segala penyakit tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.

Sumber dari : My permata hati.com

Berita gembira...



Tak dijangka begitu cepat..Tapi alhamdulilah rezeki dari allah.Nanie pregnant lagi untuk yang ke 3.Actually dari lepas raya tak pernah sihat bila dah start rasa loya & muntah2 baru perasan ops!!peyed lewat..Last friday baru g klinik confirm 5weeks..Due insyallah on May 2011..
Kesihatan Nanie???Sama keadaan seperti Nurul&Afiq dulu alahan sangat teruk.Muntah jer..Bagi orang yang ada gastrik macam Nanie ini keadaan akan jadik teruk.Makan tak boleh langsung.Belum jumpa satu makanan yang kena dengan selera setakat ini.Semua yang dimakan akan keluar semula.Nanie sentiasa berdoa keadaan ini sekejap sahaja & dipermudahkan allah (kedua2 kali pregnant sebelum ini muntah selama tempoh kehamilan).
Setiap kali Nanie pregnant mesti akan ingat pada Cikgu Jayapal..Dia cikgu sains masa tingkatan 3.Setiap kali buat ujikaji yang pelik2 Nanie akan muntah sampai dia kata "ko nie kalau mengandung mesti teruk".Betul gak kata dia setiap kali pregnant mesti Nanie muntah2 yang berpanjangan.Kebetulan jer kot..
Setakat ini Nanie masih mampu kerja walaupun sangat la tak laratnya.Tapi Nanie kuatkan semangat tak mahu ikutkan hati nanti lagi la tak ok.Cuma kadang2 bila badan dah terlampau lemah Nanie mudah mengalirkan air mata (tak baik kan??)Sebab nangis??Rasa macam tak tertanggung lagi tapi cepat sedarkan diri jika ini ujian yang allah beri pada ku setiap kali pregnant bermakna aku insan terpilih yang mampu laluinya.Allah lebih tahu hikmah disebaliknya..Charge energy positif semula.
Kawan2 doakan kesihatan Nanie supaya ok & dipermudahkan allah kali ini.