Pages

Thursday, December 30, 2010

Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010


Alhamdulilah Malaysia menang..Seronok sangat Nanie rasa..Enjoy tengok bola dengan anak2 kat rumah...



Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 selepas menumpaskan Indonesia 4-2 secara agregat. Indonesia berjaya menumpaskan Malaysia 2-1 di Stadium Gelora Bung Karno namun ianya tidak cukup buat Sang Garuda menyekat kelebihan tiga gol Harimau Malaya.

Penjaga gol muda Malaysia, Khairul Fahmi harus diberi pujian yang tinggi selepas menyelamatkan sepakan penalti Firman pada minit ke-18. Beliau turut perlu dinobatkan sebagai wira Harimau dengan menafikan beberapa percubaan bertali arus tuan rumah sepanjang babak pertama.

Malaysia yang mencatakan kemenangan 3-0 di Bukit Jalil berjaya melebarkan kedudukan menerusi jaringan Safee Sali pada minit ke-53. Bagaimanapun kealpaan barisan pertahanan Malaysia membenarkan Nasuha menyamakan kedudukan selepas merembat deras bola tampanan Fahmi.

Indonesia ternyata tidak mudah mengalah dengan berusaha untuk mencari jaringan bagi merapatkan jurang agregat dan usaha tersebut berhasil apabila Muslim tertanduk masuk bola sepakan Muhammad Ridwan pada minit ke-88 bagi membakar semangat Garuda.

Akhirnya wisel keramat ditiup sekali gus memastikan Malaysia dinobatkan sebagai juara Asia Tenggara yang baru. Tahniah Malaysia!

Sementara itu, penyerang Malaysia, Safee Sali dianugerahkan penjaring terbanyak kejohanan dengan lima jaringan manakala ketua pasukan Indonesia, Firman Utina dipilih sebagai pemain paling bernilai bagi kejohanan Piala AFF Suzuki 2010.
Sumber :http://bolasepak.com

Wednesday, December 29, 2010

Nak sedih la pulak....


Nanie rasa minggu nie banyak benda sedih yang jadik..Biasala putaran kehidupan..Ada waktu sedih ada waktu gembira..Memula pasal mak & abah yang tak berapa sihat kat kampung..Sedih sebab tak dapat balik tengok & paling sedih sebab ada yang tak ada ehsan pada mak& abah yang dah tua..Hantar anak suh diaorg jaga..Hello boleh tak fikirkan keadaan mak & abah sikit...Geram..marah semuanya ada..Kalau ikutkan hati memang la ku amuk tapi masih ingat pesanan along pada kami adik2.Apapun mak & abah Na harap kesihatan akan bertambah baik..Semoga allah mudahkan segalanya & berikan yang terbaik pada mak & abah.Sayang mak & abah.
Sedih lagi sebab rasa nak down dah muntah2 jer..huhuhuhu..Nak sihat..nak segar..dah 18mgu..perjalanan masih jauh..Nanie mohon pada allah semoga perjalanan ini dipermudahkannya..bb dalam kandungan sihat & berada dalam keadaan yang terbaik...

Friday, December 24, 2010

Menu Malam 23.12.2010


Jarang NAnie cerita bab masak2 kan sebabnya Nanie memang hari2 masak cuma masak biasa2 je la.Hari nie kita cite bab masak2 ye..Sejak Nanie pregnant yang mengidam lebih2 is my hubby..Macam2 ok yang dia mintak..Smalam masa tengah keje hubby call & bgtahu dia belikan kepala ikan merah..Request suh masak sup kepala ikan merah..So balik keje terus la Nanie masak sup kepala ikan..isi ikan merah digoreng ini kegemaran Nurul..Sayur kacang buncis goreng telur..& the best part is sambal buah macang.My hubby bertambah2 sampai 3x..Nurul pun sama naik makan dengan abahnya bertambah2 jugak.Me dah makan awal2 pas masak sebab Nanie tak leh la makan lewat sangat sebu jer perut..Nak tunggu hubby balik kul 9.30mlm baru dia balik so hubby makan Nanie pemerhati & pelayan jer.Seronok jer tengok hubby lawan makan dengan Nurul.Sama naik selera abah & anak..Resepi tak yah share la..Itu sup guna rempah sup ikan Adabi jer.senangkan..Kata masakkan express pas balik keje so campak2 je..
Adios ye...muahhhh...

Thursday, December 23, 2010

Budget sekolah anak..


2-3 lepas dapat surat dari sekolah Nurul untuk pendaftaran darjah 1..Huik!!buntang mata tengok amound yang tertera..Mahal rupanya yuran sekolah..Patutla nak bukak sekolah ja ada la isu2 dalam paper pasal yuran..Baru ku tahu sebabnya.Ini baru yuran sekolah pagi..Sekolah petang belum kira lagi..Kelengkapan sekolah lagi.Dulu baju sekolah jual harga untuk sepasang hari tu p beli harga baju lain harga kain lain..huiyo semua dah mahal...Buku2 lagi.dok kira2 budget dengan hubby cecah la Rm800tu.Hemmm..Esok-esok kena menabung awal2 la kalau semua anak2 dah kesekolah.Dulu masa Nurul tadika sebab swastakan so tiada pilihan la terpaksa bayar mahal sebab kat area rumah Nanie tak ada tadika KEMAS..Ku ingat jimat sikit dah masuk sekolah rendah..rupanya sama jer.Otak ku terus terfikir patutla bila ku tengok Bersamamu kat TV3 tu banyak yang tak sekolah kalau susah inilah salah satu sebabnya(pendapat ku saja ye).Yang anak ramai lagi la..Berapa riban la kos diaorg..Apapun dah nama anak kan demi pelajarannya sanggup ku keluar belanja banyak mana pun..Janji dia belajar bersungguh2 untuk masa depannya..

Tuesday, December 21, 2010

Dah minggu ke-17..


Kandungan Nanie dah 17minggu.Perkembangan bb alhamdulilah dalam keadaan yang baik.Masa Nanie scan haritu Nanie & hubby sangat teruja dapat tengok bb bergerak macam mengeliat & buat pusingan daripada kepala dibawah sampai posisi dia berbaring.Hubby pun sangat teruja tengok dia bergerak..Jantina tak nampak lagi..Tapi hem...Nanie teka2 jer yer perempuan kot..Hehehe sebab ramai tegur ku makin berseri sejak pregnant hahaha(bukan perasan tau orang kata)..Smalam paling kelakar ok ada yang mintak berkat untuk hamil minta nak laga perut dia dengan perut Nanie..Kelakar pun ada tapi bagi jer dia laga perut dia dengan perut Nanie hahaha pertama kali dengar tau.Selalu orang minta pegang jer.Dah 17minggu muntah2 still tak stop lagi agaknya sama seperti yang terdahulu sampai bersalin la dok muntah2.Sabar kena lebih sikit bab nie sebab kenkadang bila dah keterlaluan mula la rasa down.Seb baik hubby sangat membantu & adik ada dok sekali pun banyak menolong Nanie jugak.kena charge energy positif selalu kalau tak sihat.Kaki dah start besar dari bulan ke 3 lagi.Kasut daripada size 6@7 sekarang pakai size 9.Ada jugak yang tegur Nanie dah kurus sikit..Kurus ker??Ku dah kembang macam belon ada la uwaaaaa...harap2 pas bersalin nie dapat la yang kembang dikecilkan semula.(kena usaha keras nie)& berdoa jugak pada allah supaya air susu badan akan banyak & bb akan dapat BF sampai usia yang sepatut..Mind setup nie untuk BF bb dari awal kena start.(Nanie punya stail la yek..Apapun Nanie sentiasa berdoa mohon yang terbaik sepanjang kehamilan ini.

Buah saburja.


Ini lah rupa buah saburja yang mak bawak balik daripada Mekah.Kebetulan mak pegi waktu nie musim buah Saburja so rezeki.Kata penjualnya buah nie bermusim macam musim durian kat Malaysia nie.Banyak khasiatnya tapi yang Nanie ingat buah ini sangat berkhasiat untuk ibu hamil macam Nanie nie.Sebelum makan mak suh selawat dulu..Macam buah pear kan.Tapi rasa dia ada kelat2 sikit.Sehari makan sepotong-dua jer.Mak suh makan hari2 tapi Nanie nie ingat makan kalau tak idok le hehehe.Tapi dah 2minggu lebih buah nie still elok lagi cuma colour dia jer dah makin kuning.Rezeki mengandung kali nie dapat makan buah dari mekah pulak..

Friday, December 17, 2010

Kenangan mak,abah & adik kat Mekah

Gambar2 kenangan mak,abah & adik ketika di Mekah..Seronok je tengok .Insyaallah nanti ada rezeki ingin jugak nak kesana..





Thursday, December 16, 2010

Syukur padamu Ya!allah


Sangat gembira sebab kebenaran akhirnya tersingkap..Walaupun tanpa pengakuan daripada yang menjadi "penghulu"kejadian tetapi kebenaran itu tersingkap jua.Bersyukur sangat.Harap2 lepas ini jangan la ada fitnah melanda keluarga ku lagi..Cukupla apa yang terpaksa kami sekeluarga hadapi selama bertahun2 ini hasil daripada agenda anda yang berjaya..Yang paling gembira tentulah emak yang sering menjadi mangsa.Tapi anda lupa kuasa allah melebihi segalanya..Doa2 orang teraniaya insyaallah akan dimakbulkan allah.Kami tak berdoa supaya kamu terima keperitan yang kami lalui.Kami cuma mohon agar allah singkap takbir kebenaran itu supaya yang benar tetap benar & yang salah ditunjukkan.Kesabaran kami semua menghadapi karenah pelbagai anda akhirnya berbaloi.Allah itu maha adil.
Walaupun anda berdoa yang bukan2 untuk emak sebelum ke Mekah sesungguh anda tak tahu betapa emak diberi kemudahan & kelapangan di sana.Layanan yang sungguh baik..Anda disini apa yang dapat???Emak tidak berdoa yang tidak baik untuk kamu semua..cuma emak mohon agar takbir kebenaran itu tersingkap.Kebenaran telah tersingkap..selepas ini jangan lah memporak perandakan ketenangan yang ada..Muhasabah diri sendiri & berhentilah membuat onar..Terima Kasih Ya!allah..hambamu ini bersyukur padamu...

Dah bersawang ker???

Blog Nanie dah bersawang ker??Sikit jer kan..Nie tuannya dah datang nak cuci.Busy sungguh le konon.Banyak aktiviti je start minggu pas mak,abah & adik balik mekah stay kat rumah Nanie 2hr..Sedara mara yang datang berziarah mak,abah & adik dirumah Nanie.Layan selera mak yang teringin nak makan itu ini hehehe.Mak,abah & adik dah kurus sikit pas balik dari Mekah.Pastu balik kampung sebab buat kenduri kesyukuran + anniversary mak abah..Balik Kl dengan Nanie yang asyik ke laut je(tak sihat).Diam tak diam dah 16minggu Nanie pregnant orang asyik tegur je perut Nanie besar.Siap ada yang teka Nanie pregnant kembar hehehe.Tak kembar la Nanie dah scan 1 je sicomel ku.Badan asyik lesu & lenguh2 je..Agaknya penat sangat kot @ bila usia dah meningkat ni ketahanan badan kureng.Itu yang bila pregnant tak macam yang pertama cergas jer..Yang ke 3ni asyik tak larat,lesu selalu & selera makan nan ado.Harap pas nie ok la.Dalam lesu2 pun gagah nie jika jenjalan hahaha..My hubby cakap kalau bab jalan larat je..Macam2 cerita ada nak share..nanti dah upload gambar akan share 1 persatu dengan kengkawan semua...Adios ya...