Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yg lembut, basah mengingati dan menyebut nama-Mu, hati yg sentiasa mensyukuri nikmat-Mu, serta badan yg ringan menyempurnakan keta'atan kpd perintah-Mu. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yg sempurna, hati yg khusyuk, ilmu yg berguna, keyakinan yg benar2 mantap. Ya Allah, Kurniakanlah kami cara hidup yg jitu dan unggul, selamat dr segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon ya Allah, kecukupan yg tak sampai kami meminta jasa org lain. Berikanlah kami Ya Allah iman sebenarnya sehingga kami tidak lagi takut atau mengharapkan kpd org lain selain dr Engkau atau menyembah selain dari Engkau. Limpahkanlah rahmat-Mu keatas kami, keluarga serta anak-anak kami serta sesiapa saja yg bersama-sama kami. Jangn Ya Allah, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walau sekadar sekelip mata atau sekadar masa yg lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yg paling mudah dan cepat memperkenankan pinta, perkenankanlah. Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad saw, Nabi yg mulia, kpd keluarga baginda dan para sahabat baginda semuanya. amiin.. ya Rabbal 'alamiin..
Thursday, October 11, 2012
Tuesday, October 2, 2012
Kek Oren Sunquick..
Lama tak bersiaran kannn..ehhh ada ker org datang hehehehehe perasan sungguh..Apapun nak share resepi simple tapi sedap hasilnya..Sebenarnya ini versi asal resepi ini adalah kek oren blended tapi macam biasa la bila sampai ke tanganku ini diolah mengikut bahan apa yang ada di dapur..sebabkan buah oren tak ada yang ada sunquick je so ku bedal masukkan pati oren sunquick jer..tapi yang pasti hasilnya memang sedap hehehehe (kata tekak ai ler)..Jom skodeng resepi yang ku ambil di My resepi..Tq tuan punya resepi tapi minta maaf ubah sikit ja hehehehe
Bahan-bahan
• 4 @ 5 sudu besar pati sunquick (versi asal guna 1 bji buah limau)
• 1 cawan minyak
• 1 cawan gula halus (versi asal guna 2 cwn..kurangkan gula sebab sunquick tu dah manis)
• 3 biji telur
• 2 cawan tepung gandum*
• 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
Cara-cara
1.Masukkan kedalam blender - pati oren sunquick,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
2.Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
3.Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
4.Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak
Siap....
Friday, June 15, 2012
Bila hati berkata.....
Dalam hidup tak semua benda mudah tapi tak semua benda pulak susah..Roda kehidupan kita berputar ke atas & ke bawah mengikut aturan yang ditetapkan oleh yang maha berkuasa...Kadangkala kita rasa apa yang telah kita lalui itu perit & jerih...Susah & sedih...tapi rupa-rupanya ada orang yang melalui perkara yang lebih menyakitkan dari yang kita alami..Yang pasti allah cuma memberi apa yang termampu dipikul oleh hambanya tiada berlebihan tiada berkurangan...Allah maha kaya.....Maha pengasih & penyayang......
Korang tengok tak cerita TAKDIR kat TV3?Hari Rabu hari tu berkesempatan tengok...Ya!allah menitis air mata tengok ceritanya..Kagum sungguh dengan ibu2 yang ada anak istimewa nie..Ketabahan & kekuatan ibunya sungguh membuatkan ku sangat KAGUM...Semoga mereka sentiasa dikurniakan kekuatan luar biasa itu...

Sunday, May 27, 2012
Tempahan Pelanggan.
Tempahan dari bos & kawan2..Alhamdulilah semua puas hati...Siapa yang teringin nak cuba jangan malu2 bertanya...Pasti anda berpuas hati.....
Sunday, April 29, 2012
Apam Polka Dot
Apam polka dot yang pandai merajuk tau..salah sikit kecut tak mau naik manja ini apam tau..buat dah 4 kali sekali tak jadik hehehehehehe sebenonya yang pink tu pun tak berapa jadik...Ada yang nak ode serius malas nak ambik tempahan untuk apam polka dot nie sebabnya buat apam nie kena tumpu betul2..maklum la nak masuk adunan ke dalam paper cup comel peh tu nak dot2 lagi..kalau IMan tido boleh la buat kalau dia jaga harus la bercinta dia suka pegang kaki ibu huhuuhuhu.Apa pun sesekali buat jugak sebab anak2 sangat suka makan apam comel nie terutamanya Afiq..Asik ajak buat kuih dot2 je dia hehehehe..meh check resepinya..Ada dimana2 jer resepi nie tapi Nanie ambik daripada K.an (periuktanah.blogspot.com)..Tq k.an...minta izin share resepinya ye...
APAM POLKA DOT.
Bahan-bahan:
3 biji telur A dari peti ais
250 gm tepung gandum diayak bersama (Nanie tak ayak dah bantai masuk ja hahahahaha)
2 sudu teh baking powder
200 gm gula halus
250 ml susu segar
1 sudu teh ovellete
1 sudu teh esen vanilla
Jem pilihan- coklat & bluberry
Cara membuatnya:
1. Masukkan telur, gula halus dan ovellete ke dalam mangkuk adunan. Pukul hingga kembang menggunakan kelajuan tinggi (5-6) selama 5-10 minit. Pukul hingga adunan berwarna putih seperti ais-krim.
2. Tukar kepada kelajuan perlahan. Masukkan tepung dan susu sedikit demi sedikit silih berganti sambil digaul hingga rata. Masukkan esen vanilla dan gaul sebati.
3. Panaskan pengukus dan sediakan acuan apam yang dialas dengan mangkuk kertas kecil. Bahagikan adunan kepada 3 warna pilihan. Masukkan ke dalam piping bag. Tinggalkan sedikit bagi setiap warna untuk proses dot-dot.
4. Paipkan adunan ke dalam mangkuk kertas separuh penuh. paipkan jem dan penuhkan dengan baki adunan. Masukkan baki adunan ke dalam piping bag lain dan tebuk lubang kecil (lebih kecil daripada adunan utama) dotkan ikut citarasa warna. (buat cepat-cepat agar jadi titik cantik)
5. Perlahankan api. (supaya apam tidak merekah ketika proses mengukus) Kukus kuih selama 10 minit. Angkat dan sedia dinikmati. Ulang proses hingga habis adunan.
Saturday, April 28, 2012
Coklat Layer with cheese
Tempahan dari opis sebelah je..Ini tempahan ke 2....tempahan pertama 4segi..tapi kali nie katanya tak mahu yang 4 segi..nak bulat..balik kerja terus mencari loyang bulat 9inci nak beli adehhh tak de la pulak sebab banyak kedai dah tutup...layan je la loyang 8inci...itu pun bunga punya ini je loyang tinggi yang ada..guna bulat biasa karang melimpah pulak...layannnn hehehehehe
Tuesday, April 24, 2012
Cahaya hati ibu.....
Anugerah teindah dalam hidup ini adalah anak2 tercinta..Melihat mereka hati yang gundah boleh jadik ceria..Mereka lah ubat paling berkesan untuk ibu..Ibu sayang anak2 ibu...Nurul Izzah..Afiq Izzuddin & Nurul Iman...Semoga anak2 ibu jadik anak yang soleh & solehah serta berjaya dunia akhirat..Amin...
Monday, April 23, 2012
Nurul Iman.....
Sekejab masa berlalu Nurul Iman bulan depan dah setahun....makin manja..makin lasak & makin macam2 ragam..alhamdulilah masih menyusu badan & dah pandai rebut dengan abang hehehehehe.....Semoga Nurul Iman jadik anak yang solehah..Berjaya dunia & akhirat..Amin....
Friday, April 20, 2012
Blueberry Japanese Cheese Cake
Blueberry Cheese Cake
Lamanya kan blog ini bersawang...banyak cerita banyak perkara suka duka dilalui dalam hidup ini...Segalanya memberi seribu satu macam cerita kehidupan....Okeh kita share dulu mengenai bisnes baru Nanie Blueberry Japanese Cheese Cake.Bermula hanya mencuba resepi kemudian ditempah oleh kawan sekerja alhamdulilah tetiba menjadi pendapatan sampingan pulak.Tempahan diterima adalah hasil promosi mulut ke mulut para pelanggan yang telah merasainya.Tq kengkawan semua yang menempahnya.Alhamdulilah rezeki anak2....Sapa nak try boleh la roger2 ye...hehehehe...
Okeh setakat ini dulu panaskan enjin.....jumpa lagi nanti..Tatatatatatatatatatata
Sunday, November 27, 2011
Alhamdulilah 8thn sudah & salam Maal Hijrah
Salam Maal Hijrah buat semua semoga kehidupan kita diberkati & dirahmati allah selalu..
Alhamdulilah tarikh ini dilewati sekali lagi 27-11-2011...sekejab masa berlalu diam tak diam sudah 8tahun hidup berumahtangga disamping kurniaan berharga cahayamata tercinta..Semoga rumahtangga kami akan kekal bahagia hingga keakhirnya,diberkati & dirahmati allah selalu..Tiada perancangan untuk menyambut anniversary tahun ini memandangkan kesihatan anak2 yang demam..Tumpuan 100% pada mereka..saat entry ini ditulis pun Nanie sedang berjaga check suhu badan & hayunkan buaian Nurul Iman..sungguh risau nak tido pun..Bermula dengan Afiq Izzuddin demam..sambung Nurul Izzah & last Nurul Iman pulak..sungguh hati ibu ini terusik kalau lah semua kesakitan anak2 dapat dipindahkan pada ibu kan..
Sebenarnya dah lama tak menulis dalam blog ini agak kekok.Tak tahu apa nak tulis sangat..tak apa panaskan enjin dulu sesikit..Jumpa lagi nanti....
Semoga kebahagiaan & kesihatan melingkari kehidupan kita semua...

Sunday, September 25, 2011
wahhhh dah bersawang...
Lamanya blog ini kesepian kannn..sian kat my blog yang huduh ini..errr sesapa amik upah upgrade blog bagitau ai hikhikhik nak mekap bagi cun sikit..sendiri buat tak pandai..banyak benda berlaku dalam hidup ai selama blog ini sepi..raya pun dah habeh hehehe..paling best dapat jumpa kengkawan alam maya...I like...okeh ini dulu....sapu sesikit je sawang yang ada..esok free ai berkerja keras bersihkan apa yang patut di blog ini ...muahhhhhh sesapa yang jenguk blog ini tq..(cececece perasan ada ke yang datang ahahahaha)....babaiiiiii
Friday, August 19, 2011
My day
Suatu waktu dahulu...
setiap tahun tarikh 19/8 akan dilewati bermakna setiap kali itu jugak umur semakin meningkat.Alhamdulilah 31 tahun yang lalu saya telah selamat dilahirkan ke dunia ini oleh ibunda tercinta.Terima kasih emak kerana melahirkan & membesarkan saya selama ini.Tiada benda di dunia ini mampu membayar semula segala jerit perih pengorbanan emak pada Na.Hanya mampu menunaikan apa saja keinginan hati & keperluan mak sekarang.
Diusia yang semakin meningkat tiada apa lagi yang diinginkan melainkan cuma memohon agar kehidupan Nanie & keluarga berbahagia dunia & akhirat.Diberkati & dirahmati allah selalu.Nanie jugak ingin memperbaiki diri kearah yang lebih baik..menjadi hamba allah yang lebih baik.Muhasabah diri.Insyaallah mohon dipermudahkan allah.
Terima Kasih pada kenkawan & saudara mara yang mengingati tarikh ini..Ucapan & doa anda2 semua sangat Nanie hargai & sayang kamu2 semua...

Wednesday, July 27, 2011
Alhamdulilah misi berjalan lancar..
Misi Nanie untuk fully BF Iman alhamdulilah semakin lancar & dapat buat stok susu yang mencukupi buat Iman..Walaupun tidaklah banyak hasil simpanan Nanie tapi cukup menampung keperluan Iman setiap hari sekarang.Alhamdulilah bersyukur sangat awan mendung dalam misi BF berjaya semakin berarak pergi & Nanie kena usaha untuk lancarkan perjalanan BFkan Iman..Siapa kata BFkan anak senang.untuk orang yang meriah hasilnya mudahlah perjalanannya..Macam Nanie kena usaha lebih sikit.Tapi Nanie tetap usaha sebab nak yang terbaik untuk anak..walaupun 2org sekali yang masih BF skrg Afiq & Iman.Insyaallah ada rezeki anak & sentiasa berdoa agar dipermudahkan allah..
Stok yang ada...
Bekalan ke rumah BS setiap hari 2ozx7@8 botol sehari
Tengok la Iman sekarang ini gambar terbaru dia dah 5.3kg..Itulah ibu usaha sangat nak bagi fully BF..supaya anak ibu sentiasa sihat & kuat..serta bam-bam selalu hehehe..I like..semoga Nurul Iman membesar dengan sihat..Jadik anak solehah & berjaya dunia akhirat sayang..

Monday, July 25, 2011
Bila dah bekerja....
Dah start keje dari 15/7 lagi dah tapi hari ni baru mau berkongsi cerita la..sangat kelam kelibut kehidupan ok pada permulaan..hari2 tak masak..Balik keje tapau sahaja..sampai 1 peringkat cakap kat hubby udah loya beli makan tapau hari2 hehehe baru seminggu tapau dah loya ye tak..Ngengada sungguh..tapi serius memang tak lalu hari2 makan beli punya.walaupun simple punya menu janji masak sendiri.Puas makan rasanya tau..
Hari pertama hantar anak2 ke BS..Bukan anak2 yang nangis dulu..Ibu yang sendu dulu ok huhuhu..Sedih sangat tau..erk!!nak cerita hubby pun sama cuma dia tak kuar airmata saja hehehe..Sementara nak biasa sendu je la..Masuk opis pun rindu sangattt dengan anak2.
Tapi alhamdulilah semakin membiasakan diri dah masuk minggu ke 3..memula jek kelam-kelibut sikit..dah semakin biasa keadaan ini so situasi semakin stabil..
Nanie sentiasa doakan semoga Nanie diberikan kesihatan yang baik untuk uruskan anak2,keluarga & kerjaya dengan sebaik mungkin...Insyaallah dengan izin allah...

Wednesday, July 20, 2011
Misi penyusuan susu ibu untuk Iman
Sejak dari pregnant lagi berniat agar dapat menyusukan Iman sampai dia berusia 2thn.Walaupun tahu akan ada stress sebab Nanie bukan ibu2 yang meriah hasilnya tambahan pulak 2org sekali yang BF.Dalam tak meriah pun Afiq Izzuddin dapat jugak menyusu badan sampai la non stop hehehe..Tengok org beli pump mahai kita pun nak.Rupanya ada pump yang tak sesuai dengan kita.Nanie dah alami beli pump elektrik pump susu tak kuar..cuba2 jugak tak menjadi jugak + dekat opis tempat pump tak ada plug point so Nanie let go pump tu.Nak beli pump elektrik lain dah ngeri takut tak sesuai lagi.Dah ler mahai kan..Selepas ditimbang tara.
Nanie beli pump ini Pureen Baterry Breast Pump...
agak membantu dalam membuat stok bb..Tapi dalam hati masih tak padam nak cari pump lain untuk lebih membantu sebab Nanie guna pump nie ambik masa jugak nak dapat 4oz pun..Bagi org yang susu dia meriah hasilnya memang senang la..macam Nanie bercinta ok..Macam2 makan supaya susu jadi meriah.Jumpa Dr lagi minta nasihat..
Dekat nak pose dok risokan stok susu dalam peti yang tak ada untuk Iman sebabnya pump hari ini untuk hari esok..itupun sendu kenkadang tak cukup..seb baik ada stok sikit2 masa pantang hr tu..itula yang diguna untuk topup susu yang tak cukup.Sebab Iman perlukan at least 16oz per day..banyak jugak kan..
Memikirkan masalah stok susu nie buatkan Nanie dah nangis ok bila pump hasilnya sikit..2oz pagi...4oz tengahari & dapatla 8-10oz sesi ke 3 itupun dekat sejam dok mengepam..Akhirnya bersuara luahkan kebimbangan pada kawan2 yang memahami ku Krsty Pinky & Christina Arissa..Nasihat & peransang dari mereka membuatkan ku jadik kuat semula & berfikiran positif..Jadik ku ambil keputusan beli lagi 1pump manual untuk membantu dalam menjaya misi penyusuan ku..
Ini yang ku beli...Unimom Mezzo
Beli dengan penuh harapan mengunung semoga dapat membantu..Sampai je barang yang ditempah ku terus cuci & sampai waktu mengepam kat opis terus guna..Alhamdulilah sangat hasilnya memberansangkan..Dalam masa 1/2jam dah dapat 9oz++ itupun hasil yang membanggakan & membahagiakan aku dah..Tak dapat ku luahkan dengan kata2 kegembiraan ini..Kuar dari bilik pump senyum jek..selalunya kuar dari bilik pump mesti diam tak bercakap..Mana tak susah hati nengok hasil yang sendu..Kini tiada lagi perasaan gusar...Doaku semoga allah permudahkan misi ku ini..Insyallah....

Sunday, July 17, 2011
Donut sedap..
Nanie bukan peminat donut.tapi tengok resepi k.as yang mudah jek rasa nak cuba buat..Memang hasilnya tak mengecewakan..Sedap sangat..lembut & gebu jek..Ada yang Nanie letak inti kacang merah kat dalam nya..pehtu buat bulat2 tabur gula icing je..
Ini Resepi asal copy jek dari sana http://enakrasa.com
(Nanie buat 1/2 daripada resepi asal je)
Bahan-bahan (anggaran 30-40 biji donut)
1 kg Tepung gandum
1 pkt Yis segera mauripan (11g)
2 cmb susu pekat manis - kami gunakan 3 cmb susu tepung penuh krim
1/2 cmt Garam
1/2 cwn Minyak masak
550g Air bertapis
Minyak masak untuk goreng tenggelam
Cara membuatnya
Larutkan garam, susu ke dalam air. Gunakan air pada suhu bilik sahaja.
Gaulkan yis dan tepung gandum sehingga rata.
Masukkan minyak masak dan gaul ramas sehingga sebati. Kalau boleh sehingga tiada lagi butiran-butiran kasar. Lagi halus adunan, lagi menariklah donut yang terhasil.
Masukkan cecair sekaligus dan gaul dahulu menggunakan kelima-lima hujung jari sehingga tiada lagi air bertakung.
Kemudian barulah diuli sehingga menjadi doh yang sangat lembab dan melekit. Adunan akan melekat di tangan. Jangan risau, kaut adunan yang melekat ditangan menggunakan sudu.
Rehatkan adunan tanpa ditutup selama 15-20 minit. Tak perlu cuci tangan dulu.
Setelah direhatkan, uli semula 2 - 3 minit sehingga tiada lagi adunan yang melekat di tangan dan mangkuk adunan.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dengan berat 50g setiap satu. Boleh menghasilkan kira-kira 34 biji donut.
Bulatkan setiap adunan tadi menjadi bebola yang licin.
Leperkan sedikit bebola tadi lebih kurang setebal 1 - 1.5 cm dan tebuk lubang ditengahnya mengunakan penutup botol atau alat yang sesuai. Trim sedikit bentuknya supaya bentuknya bulat dan tidak bersegi.
Biarkan donut mengembang di tempat yang tertutup supaya adunan tidak kering lebih kurang 1/2 - 1 jam. Tidak perlu terlalu lama kerana ia akan mengembang lagi apabila digoreng.
Goreng didalam minyak yang banyak dengan api sederhana sehingga kuning keemasan
Toskan sebelum digaulkan dalam gula castor atau dihias sesuka hati anda sebelum dihidang
Friday, July 8, 2011
Roti Kelapa & Roti sosej
Hari nie dengan rajinnya buat roti.Sempat lagi tu meroti.Pada Nanie memasak&mencuba resepi baru adalah cara meredakan tekanan jugak..sebab tu walaupun penat ke apa still ada masa jugak curi2 buat apa yang disukai..hasilnya hari ini roti...resepi ambik dari my resepi..malas nak share a...hehehe..anda jelajah di sana ye....
kita share gambo jek....so layan gambonya...Pujian dari encik suami..sedap la ibu rotinya..kembang ai rasa tau walaupun memang ai nie sedia kembang wakakaka....
Tunggu Doh Kembang
Roti Kelapa
Roti Sosej
kita share gambo jek....so layan gambonya...Pujian dari encik suami..sedap la ibu rotinya..kembang ai rasa tau walaupun memang ai nie sedia kembang wakakaka....
Tunggu Doh Kembang
Roti Kelapa
Roti Sosej
Thursday, July 7, 2011
Membiasakan diri dengan rutin baru..
Sedang membiasakan diri dengan rutin baru..ibu kepada 3 org cahaya mata...Diakui belum biasa lagi & penat sokmo huhuhuhu..Tambahan bila 2 sekali yang bf..tido lambat bangun awal..tapi tak kuruih pun ye...kenkadang kalau dah penat sangat mula la emosi.Adeh!!kena sentiasa berfikiran positif nie agar segalanya berjalan lancar.Tapi seperti biasa situasi tak biasa nie memula jek rasa..Dah lama sikit serasi ok la..sementara nak biasa nie banyak mulut sikit supaya jangan simpan dalam hati..Luahkan supaya tak jadik kudis dalam..Cara ku la yek...
Apapun semoga ku menjadi ibu yang terbaik untuk anak2 ku..isteri terbaik untuk suamiku..anak terbaik untuk mak&abah..menantu terbaik untuk mentuaku(erk!!!ahaks hehehe)..jiran terbaik untuk jiran2ku..kawang terbaik untuk kawan2ku..
merepek suda dipagi hari..waktu ini jam pukul 1.25am..erk!!tido dulu la..dah terlewat untuk awet muda nie..adiossssss

Sunday, July 3, 2011
Blueberry Cheese Cake sempoi...
Jom kita share resepi cheese cake yang amat la mudah..Anak dara saya pun muleh buat hehehe..tapi rasanya memang superb terbaik la..terbaik untuk ternak lemak sama huhuhu
Bahan-Bahan :
450gram/2 pack philadelphia cream cheese
175g biskut digestive
150g gula castor
75g butter ( cairkan)
175g blueberries (Nanie habiskan 1 paket yg beli kat giant)
4 eggs (Nanie guna 3biji telur saja)
1tsb vanilla
cara-cara
Hancurkan biskut dan gaulkan dengan butter yang telah dicairkan
Tuang dalam loyang & tekan padat2
Belah 2 buah blueberry & taburkan dalam loyang atas adunan biskut
Simpan dalam peti sejuk
utk buat adunan cheese:
Campur cream cheese,telur,gula castor & esen vanilla sampai jadi berkrim
Tuangkan dalam loyang diatas adunan biskut & buah tadi
Masak selama 40minit suhu 180
Keluarkan & sejukkan kek
kemudian masukkan pulak dalam peti sejuk lebih kurang 1jam..
Siap dihidang
Merajuk la...
Merajuk hati saya nie..pada siapa??kenapa??hemm....kenkadang..kenkadang..kenkadang...hati sakittttt...kecikkkk hati..jadikkkknya merajukkkkk la.....jadikkkk sementara saya merajuk...tak nak kawan dengan kamu yang buat saya merajuk...huhuhuhuhuhuhu..saya sedihhh la macam nie...tak pe..tak pe....tak moo kawan kamu.....
Subscribe to:
Posts (Atom)