Pages

Sunday, July 17, 2011

Donut sedap..


Nanie bukan peminat donut.tapi tengok resepi k.as yang mudah jek rasa nak cuba buat..Memang hasilnya tak mengecewakan..Sedap sangat..lembut & gebu jek..Ada yang Nanie letak inti kacang merah kat dalam nya..pehtu buat bulat2 tabur gula icing je..

Ini Resepi asal copy jek dari sana http://enakrasa.com
(Nanie buat 1/2 daripada resepi asal je)

Bahan-bahan (anggaran 30-40 biji donut)

1 kg Tepung gandum
1 pkt Yis segera mauripan (11g)
2 cmb susu pekat manis - kami gunakan 3 cmb susu tepung penuh krim
1/2 cmt Garam
1/2 cwn Minyak masak
550g Air bertapis
Minyak masak untuk goreng tenggelam

Cara membuatnya

Larutkan garam, susu ke dalam air. Gunakan air pada suhu bilik sahaja.
Gaulkan yis dan tepung gandum sehingga rata.
Masukkan minyak masak dan gaul ramas sehingga sebati. Kalau boleh sehingga tiada lagi butiran-butiran kasar. Lagi halus adunan, lagi menariklah donut yang terhasil.
Masukkan cecair sekaligus dan gaul dahulu menggunakan kelima-lima hujung jari sehingga tiada lagi air bertakung.
Kemudian barulah diuli sehingga menjadi doh yang sangat lembab dan melekit. Adunan akan melekat di tangan. Jangan risau, kaut adunan yang melekat ditangan menggunakan sudu.
Rehatkan adunan tanpa ditutup selama 15-20 minit. Tak perlu cuci tangan dulu.
Setelah direhatkan, uli semula 2 - 3 minit sehingga tiada lagi adunan yang melekat di tangan dan mangkuk adunan.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dengan berat 50g setiap satu. Boleh menghasilkan kira-kira 34 biji donut.
Bulatkan setiap adunan tadi menjadi bebola yang licin.
Leperkan sedikit bebola tadi lebih kurang setebal 1 - 1.5 cm dan tebuk lubang ditengahnya mengunakan penutup botol atau alat yang sesuai. Trim sedikit bentuknya supaya bentuknya bulat dan tidak bersegi.
Biarkan donut mengembang di tempat yang tertutup supaya adunan tidak kering lebih kurang 1/2 - 1 jam. Tidak perlu terlalu lama kerana ia akan mengembang lagi apabila digoreng.
Goreng didalam minyak yang banyak dengan api sederhana sehingga kuning keemasan
Toskan sebelum digaulkan dalam gula castor atau dihias sesuka hati anda sebelum dihidang

7 comments:

Anonymous said...

wahhh rajinnya nanie buat donat nih..

Nanie said...

resepi nya memang senang jek k.mazz..try la...memang sedap hasilnya...

Nanie said...

resepi nya memang senang jek k.mazz..try la...memang sedap hasilnya...

mizah said...

dah lama tak buat donut ni...sedap tgk donut kak nanie bualt2 tu....mesti lembut gebu je kan...bestnya!!

ashra said...

rajin k.nanie wat donut.feveret gak donut dan keria saya ni.

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

kak,
fiza suka donat, tapi jarang membuatnya, sebab kureng sihat,kan...
tapi, kalau anak2 minta, buat jugak la. minggu lepas, 2 kali buat donat. nak stop jap la...

Nanie said...

Mizah&Ashra!!memang gebu guna resepi nie try la...

Fiza sesekalikan...layannn hehehe