Pages

Monday, April 25, 2011

Luluh hati ku....

Pertama kali hantar Afiq ke BS dalam keadaan dia menangis sampai teresak2..Meronta2 dia tak mahu kesana..Sebabnya tak tahu la macam mana abahnya angkat dia yang sedang tido atas katil sampai dia camtu..maybe salah teknik jadiknya Afiq emosi..
Luluh hatiku nak htr & tinggal dia kat rm BS dlam keadaan dia macam tu.Dugaan ibu bekerja kan..sampai office pun mood tak stabil hanya Afiq dalam ingatan.
Feel so sad.......................................................

Friday, April 22, 2011

My best friend Zana Zakaria...

Gift from Zana..Terbaik..

My Lovely Zana Zakaria

Satu kepala jugak la..Kelly Lee

Ai mam nie bestttt....


Hari nie sedih sebab my best friend kat tempat keje berhijrah ke tempat baru.Sedih pas nie kawan bergosip,bergumbira,makan bersama,minum kopi pepetang sesama dah tak ada.Bukan senang nak jumpa kawan serasi bersama kan..Zana adalah antara kawan serasi bersama ku...Pas nie nak jumpa pun sesekali je.Zana Aku doakan yang terbaik untuk ko kat sana yek.Hari nie ktorg p makan2 kat Kenny Rogers IOI Mall..Paling best & terharu bila Zana bagi roses & coklat..Tq dear.Pas nie bagi lagi yek..

Cite Afiq potong rambut...

Masa tengah potong rambut rilexxxx je dia...

After rambut baru..Hensem tak saya hehehe...

Mgu pas bawak Afiq potong rambut..Nanie & hubby dah risau sebab setiap kali bawak dia p potong rambut siap la.merah padam dia punya muka menangis..Kali nie nanie ajak pergi kat tempat yang nanie biasa pegi dari start dok puchong sampai dah anak nak 3 nie..Terkejut ok Afiq rilex je potong rambut tak nangis lansung..My hubby pun terpegun tengok Afiq siap leh senyum2 lagi..hehehe my hubby said ooo dia nak potong rambut kat tempat ibu potong rambut masa pregnantkan dia..Kelakar la my Afiq nie...
Macam2 ragam anak2kan...

Thursday, April 21, 2011

Keguguran & kandungan luar rahim

Sesi mengimbas memori lalu yer..Masa nie memang tak tahu pun Nanie pregnant sedar2 je dah gugur..
Jun 2006 - keguguran (6mgu)& kandungan luar rahim (ektopik pregnancy)(8mgu++)...
Ingat lagi tahun 2006 sakit perut macam senggugut tapi sakitnya lain macam sikit sampai gigit kain & mengigil sakitnya..Allah jer tahu sakitnya..sakit kali pertama pergi klinik Dr cakap period pain..After 2-3hr sakit itu datang lagi sampai tak terucap sakitnya..Hubby plak keje shift malam.Nanie tak bleh tido semalam hubby sampai jer rumah terus ajak g klinik..Sampai klinik ke 2 - dr kata macam sakit keguguran so test urine..Confirm gugur so Dr buat surat refer ke hospital.Masih ingat lagi dalam keadaan menahan kesakitan kat hospital plak menunggu lama.Adoi rasa cam nak jerittttt jek.Ini kes tak ada pengalaman g terjah hospital kerajaan la nie.Check punya check dr suh tunggu 2weeks prosedur macam tu katanya..Takut janin masih boleh berkembang..Nanie yang kesakitan tanya saya tak tahan sakitnya nie macam mana pulak.Still cakap prosedur..Keluar dari situ terus g cari private untuk buat D&C..Mana tahan sakitnya allah jer tahu suh tunggu 2 minggu lagi mau bagi ku pengsan hari2 tahan sakit.Sedangkan diaorg dah scan kantung ada tapi kosong dah..Kebetulan org sekampung hubby ada kerja kat tempat bersalin tapi jauhla sikit kat gombak jadik Nanie & hubby menuju ke sana untuk buat D&C.selesai 1 bab..Lepas buat D&C still bleeding sedangkan Nanie ada tanya2 kengkawan diaorg kata paling lama pun 1mgu je.Ini Nanie dah berlarutan 2mgu.G klinik bawah opis (masa tu keje Shah Alam) adeh Drnya kata kena g blik tempat buat D&C..Diaorg tak nak ambik risiko..Pehtu kuar dari bilik Dr geram jek nurse semua tengok macam kita gugurkan kandungan jek..Slumber jek ku cakap apa ingat aku buang anak ke.Aku dah kahwin la..geram jek kan.
Pergi ke klinik Gombak tu balik Dr yang buat D&C tu cuti ler pulak..Esoknya pegi lagi Dr tu kata dia memang confirm masa buat D&C tu rahim dah bersih kenapa still bleeding.Scan semua rahim clear tapi urine still tunjukkan pregnant..Dr kata maybe luar rahim cuma dia pelik kenapa Nanie tak sakit..Biasanya kalau ada kandungan luar rahim mesti sakit tambahan pulak dah 8mgu waktu tu.Buat surat untuk refer hospital lagik sebab kat hospital je ada peralatan lengkap untuk scan kandungan luar rahim itupun Dr suh makan ubat berhentikan bleeding dulu.Esoknya p opis kakak kat opis cakap better terus ke hospital terus tak yah tunggu 2@3 hr sebab dia kata kandungan luar rahim bahaya..Nanie pun ajak le hubby p hospital terdekat dengan opis Klang jek la.Sampai sana after menunggu berejam2..Check2 confirm kandungan luar rahim tunggu pakar datang plak guna scan yang panjang tu masuk(apa ke nama pun tak tau) tetiba dia cakap u kena operation hr nie jugak tak bleh tunggu lagi.Bahaya..Boleh kami (sebab untuk confirmkan kandungan tu ada 4 pakar yang datang) jumpa husband u??Waktu tu Nanie & hubby macam terawang2 dengar penerangan Dr tu.Operation room kosong je Nanie akn masuk.Takut??waktu tu memang totally blank.Tak leh fikir apa2 dah.Saling berpandangan dengan hubby tanpa kata2.Sampai kat wad pun masa Nurse suh salin baju pakai baju persediaan untuk operation still diam tak cakap dengan hubby.Call family semua dah kelam-kelibut.Mak tipon nangis2 rupanya hubby tipon mak & nangis tu(see my hubby depan ai cover je..maybe tak nak Nanie nangis sama..Luv u sayang)Dengan tak ready apa2.Tahu la pakaian ke opis dengan kasut tinggi lagi..Satu barang pun tak de.Masa masuk wad kul 5pm++camtu..hubby g cari kedai beli selipar.Nanie dah tak bleh makan apa2 waktu tu.Masa dok kat wad pun still tak cakap sangat cuma saling berpandangan & pegang erat tangan je.Tak mampu luahkan apa2 pun.Dalam keadaan getir macam tu hanya kami berdua je yang hadapi tiada family lain.Sampai kul 9pm nurse cakap siap dah leh masuk operation room..Sampai kat bilik persediaan bleh plak buat kelakar org lain nyer turn rupanya.Dah tolak masuk wad balik.Lum naik katil nurse datang pulak cakap masuk sekarang orang tadi tu p makan pulak mana leh buat operation.Dah tolak balik ke operation room.Saat berpisah dengan hubby depan operation room baru air mata hubby & Nanie menitis.Memeluk & cium Nanie berkali2..Saat itu sangat2 sayu & pilu ok.Nanie mohon ampun & maaf pada hubby if ada kesilapan semua.Masuk ke bilik persediaan malu sangatsebab yang kat situ semua lelaki muda2 plak tu.Ikatkan tali baju kat belakang(dah le tak pakai apa2 tutup dengan baju itu jer).Kemaskan rambut semua sebelum masuk dalam operation room.Ok siap.Masuk dalam uih!macam tengok dalam TV tu semua keadaannya.Nurse plak belum habis kira peralatan yang diaorg nak guna untuk operation..Sorang angkat alat tu tunjuk sorag sebut kuat2.Harus la Nanie ngeri.Siap pasang radio THR lagi dalam tu.Dr datang & cakap if kalau boleh buat melalui tebuk kat pusat so akan guna kaedah tu if not guna cara lain.Then Dr tanya dah sedia??Nanie cakap ok.Dr terus bius & kira tak sampai 10 pun Nanie dah tak sedar..Operation tu makan masa yang lama lebih kurang kul 2.30am-3.00am br Nanie tersedar.Masa tersedar tu rasa sakit yang amat sangat mengigil2 tahan sakit.Bayangkan luka kecik pun pedih ini Nanie yang ditoreh panjang kat bahagian rahim.Tak terkata sakitnya sementara Nurse bagi ubat & kesan ubat tu nak jalan.Dah sedar baru diaorg kuarkan dari bilik ke 2 kat operation room tu.Nampak hubby kat luar yg terus pegang Nanie.Tapi dek kerana kesakitan & kesan ubat dah jalan Nanie sedar tak sedar je apa yang hubby cakap.Masuk wad memang tak sedar semula.Sedar tak sedar pun sebab rasa nak terkucil tapi tak leh bangun nak panggil nurse suara tak de.Dalam dok gagau2 nak tekan button panggil nurse kakak katil sebelah perasan & tolong panggilkan nurse.Tq akak.Br la nurse datang pasang urine bag tu..Peh tu lelap balik.
Esoknya sedar pagi memang tak leh cakap langsung rasa macam kerongkong berbulu jer.Kesan diaorg masukkan alat yang macam kita tengok dalam tv tu la.Pagi Dr pakar dtg melawat & bagi penerangan apa yang Nanie lalui smalam.Tapi kesan ubat tahan sakit tu memang kuat dengar tak dengar,sedar tak sedar je.Yang tangkap cuma masa pembedahan ada masalah sebab ada 2janin kat luar & diaorg dah potong tiup filopio sebelah kiri demi keselamatan Nanie.Pehtu ada la lagi yang diaorg cakap panjang lebar penerangannya ku angguk jek la.Kakak ipar datang melawat terus menangis tengok Nanie..Nanie tak nangis sebab memang masih separa sedar.Masa kat wad memang tak bleh telan makanan langsung + cakap pun tak boleh.Main bahasa isyarat je dengan hubby.5hr dok kat wad akhirnya dibenarkan keluar.Saat paling dinantikan.Keluar wad MC 1bulan.Balik kampung sampaila dekat nak abis MC baru balik Puchong.Kenangan tu tak boleh lupa.Kalau Nanie tak gugur + ektopik pregnancy-Nanie ada kembar 3 ok..Maybe bukan rezeki hubby & Nanie..Allah tahu apa yang terbaik untuk kita kan.Redha walau sering teringat jugak..Pahit manis kehidupan yang pernah kulalui.....

Pengalaman Mengandung & Bersalin 1 -Nurul Izzah...

Kecik2 Nurul tembam jek..

Dah sekolah langsing pulak...



Tetiba rasa macam nak mengulang memori lama mengandung & melahirkankan cahayamata tercinta....Rajinnnn pulak tangan nie ye nak mengarang.If one day Nurul baca apa yang ibu tulis kakak akan tahu apa yang ibu lalui ye sayang..
Cahaya mata pertama - Nurul Izzah Bt Asrul - Lahir 1/11/2004 jam 3.04pm.
Mula2 tahu mengandungkan Nurul sangat terkejut sebab cik P datang seperti biasa setiap bulan..tak ada miss..cuma demam yang berpanjangan membuatkan Nanie dapat tahu pregnant.Mula2 pregnant Nanie alami alahan yang teruk..Muntah2 yang berpanjangan berlarutan sampai la bersalin.3bln pertama paling teruk untuk dilalui..Sampaikan Nanie selalu menangis sebab tak tahan lalui alahan..Yang boleh dimakan waktu tu biskut kering & air sejuk je..makanan lain semua akan keluar balik..Memang memerlukan kekuatan menempuhi saat itu..Alhamdulilah masuk bulan ke 4 walaupun still muntah2 tapi tak seterul 3bln pertama..selera makan semakin baik & paling kelakar waktu pregnantkan Nurul suka melawa..Nak ke kedai bawah umah pun pakai lipstik.Nak ke pasar malam pas balik keja pun mandi dulu siap2 lawa kat opis baru g + suka sangat berjalan a.k.a bersopink.Uik!!patutla semacam perempuan rupanya hehehe.
9bulan dilalui dengan penuh debaran & kesabaran..Lebih kurang 1mgu lebih sebelum due bersalin tetiba dengar berita sedih pasal mak yang dimasukkan ke hospital sebab jangkitan kuman pada kaki.Itupun bukan mak/abah yang bagitahu orang lain yang sampaikan..Rupanya mak dah seminggu di wad.Memandangkan Nanie yang sarat so semua adik2 beradik tutup mulut rahsiakan dari Nanie..Tahu saja berita tu bergegas Nanie balik kampung..Tawakal je walaupun takut2 bersalin dalam perjalanan balik.Alhamdulilah selamat sampai terus g hospital.Allah jek yang tahu keadaan waktu itu dengan mak yang tak sihat & diam tak bercakap kesan trauma pencuri jahanam masuk umah.Nanie menangis sahaja.Dalam keadaan sarat setiap hari Nanie berulang alik kehospital lawat mak & bulan puasa pulak tu.Alhamdulilah mampu berpuasa walaupun sarat.Masuk hr ke 2kat kg..Hubby dah nak balik ke Puchong sebab kena kerja.Dalam linangan airmata lepaskan hubby balik sementara Nanie stay je kat kampung sementara tunggu waktu bersalin.Mak menjalani pembedahan potong kaki pada 28/10/2004 akibat jangkitan kuman pada luka yang terjadi masa kejadian rompakan kat umah.After pembedahan selesai kami adik-beradik berkampung kat wad..Allah kuatkan Nanie walaupun sarat masih mampu berulang alik dari rumah ke Hospital tentera kat Lumut yang ambil masa 1jam perjalanan setiap hari.
Masa 31/10/04 hr tu memang Nanie tak larat sangat & baring jek dalam bilik.Jadik tak ikut abah g lawat mak.Kuar pun sebab tengok abah yang nak pegi ke hospital.Abah keluar je Nanie mandi.Masa mandi nampak ada turun darah terus call abah.bergegas abah pusing balik tak jadik g lawat mak & hantar Nanie ke hospital.2 haluan yang berbeza.Mak di Hospital tentera Lumut & nanie menuju ke Hospital Taiping.Kesian tengok abah waktu tu.call hubby kat tempat keja bgtahu keadaan angkat beg pergi klinik kesihatan nurse check dah buka 2cm waktu tu.Terus ke hospital masuk wad jam 3pm.Subhanallah maklumla anak pertama kesakitan berpanjangan jalan tak buka2.Hubby sampai lebih kurang kul 8pm.Berkampung tido kat hospital menunggu Nanie yang kesakitan.Hubby pun nangis jugak tengok keadaan Nanie yang menahan sakit.Sebabkan sakit jadiknya selera makan pun tak ada sedangkan sebelum turun tanda bersalin tu Nanie puasa..Detik demi detik berlalu menahan kesakitan dengan jalan yang berapa kali check pun baru 3cm..Hanya zikir jek peneman saat sakit tu kalau tak jadik macam katil sebelah yang merayu2 minta dibedah tak tahan sakit..Esoknya 1/11/2004 lebih kurang kul 10am bukaan dah sampai 4cm..terus diaorg suh masuk ke labour room tapi Nanie jalan jer ke sana..Masa dalam labour room ada 1 nurse tanya ada minyak@air selusuh tak sian tengok ko dah semalaman sakit tak bersalin jugak.Nanie jawab ada kat katil.dia suh junior nurse g amik & bagi Nanie minum.Masa dalam labour room boleh muntah la pulak.Lepas muntah Dr suh Nurse bancuh milo bagi Nanie minum sebab keadaan Nanie yang dah lemah tak makan peh tu muntah lagi dia takut tak ada tenaga nak push.makin lama makin sakit aduh berzikir jek la tahan sakit walaupun waktu ada rasa nak sepak orang(sempat lagi tu hehehe)..dah le sakit ada nurse pelatih dok pegang perut pulak..Luper nak cite masa bersalinkan Nurul mana ada bilik2 nie tutup pakai tirai jek..Maybe sebab sakit terlalu lama tetiba ada dr cakap bb nyer degup jantung dah dengar slow..Ada pulak alat apa that yang diaorg ikat kat peha & 1 bahagian lagi sambung ke baby(masuk dalam ok huhuhu) untuk dengar degup jantung bb..Ahamdulilah dalam kepayahan tu saat manis tiba..beberapa kali teran jek keluar la Nurul Izzah tepat jam 3.04pm..Selepas 24jam menahan sakitnya..Paling tak tahan masa kena jahit tu la huhuhu ngeri sungguh baik sakit bersalin lagi daripada sakit kena jahit tu..Ku rasa la..selesai semua ditolak kuar dari labour room..hubby dah tunggu tak dan2 nak cium dahi ibu..hehehe.Nanie terus cuba susukan Nurul walaupun serius sangat kekok sebab masa anak pertama memang zero ilmu pasal BF..sebab tu Nurul cuma BF sampai 6bln jek..Bila bb dah kencing/berak semua esoknya leh keluar wad..Berpantang dulu kat umah MIL sebabnya mak Nanie pun masih kat Wad lum kuar..sadis tul dah la anak pertama kena pantang umah MIL.masa hubby ada tak rasa pe sangat..Bila hubby nak balik Puchong.melalak la ai..huhuhu.Seb baik masa hr ke 14 pantang abah jemput balik umah bila mak pun dah kuar hospital.Sedih2 ingat waktu tu & sian abah jugak kena jaga Nanie & urus jugak mak waktu yang sama..Seb baik dah sihat kan jadiknya tak ada masalah sangat.just memang Nanie betul2 mandikan Nurul pas balik ke PUchong kat kampung semua diaorg buat..memula kekok la maklumla pengalaman pertama..Alhamdulilah pelan2 belajar sesama dengan hubby cam ne jaga bb/anak..Sekarang Nurul Izzah Bt Asrul dah darjah 1 pun..Namun segala kenangan waktu pregnant & melahirkan dia tetap segar dalam ingatan ini..Nanie berdoa dia akan jadik anak yang solehah..Berjaya dunia & akhirat...

Monday, April 18, 2011

Nurul yang tak sihat....


Hari nie Nurul tak sihat..sampai jek kat opis tengok ada miss call & sms dari Cikgu Ramlah..Guru kelas Nurul..Cikgu bgtahu Nurul tak sihat & nak balik..Sebabkan Adik ada kat umah suh adik ambil Nurul dulu & letak kat taska sementara Nanie nak balik pas ambik kad untuk p klinik..Sementara tunggu kad klinik dari huby call taska.Nurul dah start muntah2..Hem lambat la pulak tunggu adik datang jemput & hubby anto kad klinik..Kad klinik tu perlu sebab untuk anak2 company hubby yang tanggung kalau ke klinik ke apa..Dapat kad klinik adik pun sampai jemput kat opis.P klinik yang biasa bawak anak2 alamak Drnya lunch ler pulak..Bergegas ke klinik panel lain pulak sebab risau tengok Nurul yg asik muntah..Alhamdulilah..Dr kata tak ada apa demam biasa..sampai umah bg dia makan ubat muntah dulu after sejam br bagi ubat demam kata Dr..Tapi pas mam ubat muntah lelap ler pulak..Sian anak daraku lembik jek kalau demam.
After Nurul lelap..Adeh ibu lapar..Apa yang ada yek dalam peti.??masak jek la apa yang ada..sambal ikan + sayur kobis..Jadik la alas perut sendiri..urul jap lagi buat bubur jek itu pun kalau dia lalu telan cerewet sikit..Tadi tanya pun dah cakap tak moo..Apa2 tunggu dia bangun tido..Ibu layan tenet la sementara dia tido..
Semoga cepat sembuh sayang..Luv u ya.....

Friday, April 15, 2011

Salahkah saya???

Salahkah saya menjadi ibu bekerjaya???Salahkah saya membantu memperkukuh ekonomi keluarga saya??salahkah saya tak menjaga & mengasuh anak saya sendiri setiap masa??Salahkan saya membiarkan mereka pada pengasuh & taska sementara saya keluar bekerja??Salahkan saya mengharapkan pada kakak penghantar untuk amik & hantar anak saya ke sekolah??Salahkah saya bila saya tak mampu temani mereka setiap hari
(pada waktu bekerja) untuk makan tengahari & minum petang??Salahkah saya menjadi ibu yang begini???
Jika ditanya pada ibu2 bekerjaya di luar sana..Mahukah menjadi surirumah tangga sepenuh masa??..pasti jawapannya MAHU (kalau ada yang jawab tidak..Itu pasti mereka ada alasan tersendiri)..Siapa tak mahu uruskan keluarga,anak2 & rumahtangga sendiri setiap masa..Tapi saya berpijak di bumi nyata..Ini bukan alasan inilah yang saya hadapi.Saya perlu bekerja demi untuk memastikan ekonomi keluarga saya kukuh & keselesaan anak2 saya terjamin..Meskipun gaji saya tak der la sebanyak mana tapi dengan gaji kecil itu saya mampu menyumbang pada ekonomi keluarga..Bukan bermaksud saya tamak & en suami tidak mampu..Tidak...bukan en suami tak pernah offer saya supaya duduk rumah jaga anak2 tapi dalam zaman ini yang segalanya memerlukan duit..Saya minta en suami berfikir sejenak & menilai balik situasi sekarang.Loan kereta masih ada..Rumah pulak baru jek beli 1 1/2thn lepas tentulah bila beli umah saving dah susut kan & macam2 lagi la yang memerlukan duit...Saving dulu duit secukupnya.Saya tak minta masa lama cukupla beri masa saya dalam 5@6thn lagi itu paling lama la saya akan bekerja..Lepas itu Insyaallah saya akan jadik surirumah sepenuh masa.Saya bukan tamak & mahu kemewahan cuma saya ada target tersendiri dalam kehidupan saya..Saya pernah tidak bekerja masa mula2 berkahwin tapi saya cuma mampu bertahan selama 3bln sahaja lepas tu saya minta izin en suami untuk bekerja..Saya tak mampu duduk umah (jangan tanya sebabnya nanti ada yang kecik hati dengan jawapan jujur saya pulak)lain orang lain sifatnya jadik sudah tentu berbeza pendapat.Alhamdulilah suami memahami niat saya untuk bekerja..walaupun ada yang mempertikai & cakap pada saya seolah2 suami tak mampu untuk menanggung saya/keluarga.Saya biarkan sahaja anggapan yang kadang2 buat saya marah jugak..apa raa otak sempit tul la..
Walaupun saya bekerja..kerja2 rumah masih mampu saya settle sendiri..Tak ada orang gaji cuma sesekali bila saya tak larat saya panggil jek daily maid datang membantu buat kerja rumah sementara saya menghabiskan masa dengan melayan anak2..Anak2 saya tak kekurangan kasih sayang & perhatian saya..Setiap masa yang terluang bersama mereka tak pernah saya bazirkan..Saya masih memasak untuk keluarga saya..Saya masih membantu Nurul membuat kerja sekolahnya setiap hari..Nurul masih ke sekolah membawa bekal hasil air tangan saya hampir setiap hari (cuma kenkadang jek dia tak bawak tapi saya selalu pastikan dia ada bekal ke sekolah)..en suami & saya masih sering membawa bekal hasil airtangan saya ke tempat kerja.Saya masih mampu memasak makanan kegemaran suami & anak2bila mereka minta..
Entahlah jika saya cakap panjang2 pun yang "buta" akan cakap saya "BERALASAN"..Biarlah saya & ibu2 yang melaluinya saja memahami situasi kami...yang pasti KELUARGA adalah keutamaan saya..kerjaya jatuh no2..walaupun saya perlu seimbangkan kedua-duanya tapi yang pasti keluarga didahulukan dalam apa jua situasi..

Tuesday, April 12, 2011

Kek Coklat Layer Cheese again...


Nak cite gak walaupun dah basi hehehe..Order from my friend Ayu..Semoga berpuas hati..Next time order lagik ye..Tq so much.dear...

Dah minggu ke 33...


Sekejab jer masa berlalu..Usia kandungan dah masuk ke minggu 33..Alhamdulilah persiapan untuk bb semua dah siap..beg pun dah siap kemas..Mana la tahukan tetiba jekkk cepat plak hat dalam perut nie nak kuar kan..Angkat beg jek la..Makin berat & tak larat jalan.Tapi kalau hubby ajak jenjalan larat pulak kalau dok umah jek tak larat hahahaha terukkssss..teruksss nampak beno suka berjalan yek.Kaki rajin beno sakit maklum la dah berat tak larat nak tampung ler tu..hehehe betapa besonya ai sekarang kan ngeris...ngeris...huhuhu harap2 pas bersalin nanti cepatle surut kembang2 nie semua..Sejak makin dekat nak bersalin nie Afiq & Nurul amboi la makin manja sangat..Afiq masih BF huhuhu cam ne ni??Masih tak berjaya berentikan dia daripada BF..Apapun Nanie berdoa semoga akan bersalin awal sikit before office Nanie pindah ke tempat baru..hehehe boleh camtu??tak nak p tempat baru sebab jauh sikit..sarat2 nak berjalan jejauh huhuhuhu..Doakan semoga Nanie selamat bersalin & dipermudahkan segalanya ye kawan2..Hati nie rawan jek bila fikir masuk spital nanti bukan apa fikirkan anak2 yang akan tinggal kat umah..adeh merapu meraban suda..next time nulis lagik la...tatatata...
P/S:com Nanie ada problem tak leh sign blog..ini pinjam com kawan daaa..hemmmm...

Wednesday, April 6, 2011

Berjumpa rakan alam maya


Ahad 3/4/2011 berkesempatan berjumpa member2 daripada RH..Sangat gembira walaupun yang datang 4org je..Yang datang memula is MiuMiu - tengah pregnant 4bulan comellll jer..kemudian K.as + 2org puterinya yang comel..Then Nukilanida sampai.Yang last sekali datang Ashra + eica yang mesra alam & cute bersama hubby..Syok jumpa2 mereka2 ini sebab walupun pertama kali Nanie tak ada rasa kekok ke apa macam dah lama kenal gitu..Jadiknya macam2 topikla yang disembangkan..rasa cam waktu cepat berlalu + tak puas jumpa sebab kebetulan Afiq demam memang meragam sungguh la seb baik la Nanie memang dah suruh adik Nanie balik awal tolong Nanie jadik dia la yang melayan Afiq meragam sementara ibu Afiq nie bergumbira dengan kengkawan nya hehehe..Sorry ye kengkawan kalau ada yang terkurang dalam layanan pada korang2..Jangan serik tau datang umah Nanie lagik..Nanie buat hidangan simple je.Memula plan nak buat laksa tapi sebab Afiq asik meragam jer cancel plan nak buat laksa..takpe2 next time kita buat lagi majlis camni sebab best jumpa korang2 sekalian...Kek coklat layer cheese sebijik,goreng pisang+sambal kicap & karipap(itupun beli yang segera goreng je)..
Punya leka2 berborak paling sedihnya gambar pun tak amik huhuhuhu..menyesal sungguh dah la pertama kali jumpa gambar pun tak amikkk...Apa ra punya tuan umah itu pun lupa..Tak pe..tak pe..ini permulaan..next time ada rezeki insyaallah akan buat lagi gathering cam nie.Tq pada yang datang..happy sangat jumpa kamu2 semua..

Friday, April 1, 2011

Nurul Izzah...


Sejak kakak sekolah macam2 benda baru yang dia belajar..hadoi kalau benda baik senangla hati..Tapi ada jugak yang tak baiknya..Belajar cakap bahasa2 kasar la..Nanie selalu cuba bertenang & walaupun marah control supaya tak over & masih gunakan pendekatan yang lebih lembut & nasihat dia walaupun kenkadang terbabas jugak..Tapi kalau abah dia yang marah adei!!tahula lelaki kan.Nanie kesian tengok dia kena marah dengan abahnya tapi kenkadang dia macam sengaja buat perangai..Nanie selalu nasihat & cakap dengan dia supaya jangan buat perangai kalau abah ada sebab if dia kena babab dengan abah dia Nanie sedih sama..Nanie waktu hubby marah memang akan diam je walaupun kenkadang kurang setuju dengan pendekatan hubby.Depan anak kan tak leh tegur hubby kang Nurul rasa dia betul pulak.So after dah cool sikit keadaan tengok hubby dah ok baru Nanie tegur..
Nanie tak nak Nurul rasa Nanie& hubby tak sayang dia @ lebihkan adik dia..Sebab kenkadang Nanie rasa dia buat perangai maybe nak perhatian lebih maklum la dapat adik lambat kan.nanie cuba yang terbaik untuk didik dia..Tapi memang betul cabaran mendidik anak zaman sekarang memang banyak..Banyak pengaruh luar yang ada..Datang dari pelbagai sudut.Nanie & hubby try lakukan yang terbaik untuk anak2.Beri & bimbing mereka supaya mereka tahu baik buruk yang ada dalam melalui kehidupan ini..
Kakak!ibu sayang kakak sangat & selalu doakan kakak berjaya dunia & akhirat serta jadik anak solehah sayang..So be a good girl ye sayang...

Monday, March 28, 2011

Misi yang gagal...

Misi untuk berentikan Afiq dari BF telah gagal...huhuhu kena cuba lagik nie.Hari pertam mencuba ialah 26/3/2010..Sapu asam jawa kat B.Masa dia minta tu dia rasa sikit dengan muka berkerut terus dia tak nak..ok hari pertama misi lancar..MAsuk hari ke 2 Ahad.Dia tak tak tido waktu siang sebab ketagih bf.memula dia minta isap gak rasa masam dia tak minta lagi..Petang pun dia tak tido..Malam semakin larut dia dah menguap banyak kali tapi masih tak tido..Asik tanya bu nenen akit ye..Sian sangat dengan dia sampaikan Nanie pun menitis air mata gak tengok gelagat dia..Aiyok ibu pun kena kuat nie kalau nak berentikan bf kalau tak memang kalah sebab kesian.Dia dok selak baju gak usik2 tapi macam2 takut2..Masa Nanie suh dia tido agaknya dah tak tahan kot nak nenen..dia isap gak..isap2 minum air..isap2 minum air bagi ilang masam kot..nanie dah risau takut dia sakit perut..Last2 ibu kalah dia isap slumber jer..terus lelap..uiks teruk ketagih bf dia..Terus Nanie call hubby cakap dah kalah..hehehe encik hubby pun sedih gak tengok gelagat Afiq katagih bf sebenarnya..Hem kena try cara lain pulak la susah sikit sebab Afiq tak nak minum dari botol susu.Tapi kena la jugak harap2 sebelum bersalin dapat berhentikan dia dari bf..Kalau tak nak jugak hemmm bagi jer la...

Ini budak yang tak moo berenti Bf....huhuhu

Friday, March 25, 2011

Masuk Hospital

Semenjak 2 tiga menjak nie macam2 yang berlaku dalam kehidupan aku..Ada suka ada duka..Terbaru aku masuk wad sebab demam..Masuk selama 4hr 3mlm (19/3/2011 - 22/3/2011)..Memang mencabar terutama sebab teringatkan anak2.Start dari jumaat petang dah start sakit kepala..rupanya dari sakit kepala melarat ke demam panas..Dari pukul 1am dah tak larat bangun..bangun je muntah..bangun je muntah..Sabtu pagi hubby bangun nak g keja tapi melihatkan keadaan aku yang macam teruk hubby tak jadik keja & ajak g hospital terus sebab dia kata badan Nanie panas sangat takut effect bb dalam perut..Mula2 memang keberatan nak pegi hospital sebab takut kena tahan.Tapi hubby cakap check dulu yang penting kesihatan yang lain kemudian fikir..Sampai hospital check semua tepat seperti yang dijangka memang kena masuk wad sebab sebab suhu tinggi 38.8 tambahan pulak muntah..Adei berpinau mata masa Dr kata kena masuk wad.Macam2 difikirkan terutama bab anak2.Kena masuk wad 5F katil 27..Masuk2 ha!!!dok sensorang..Adei dah la agak penakut jugak.Tak selesa dengan tangan yang drip air jer.4hr kat wad 8botol air masuk..+++ yang dr suh minum banyak2 lagi..Kembang + lemau rasa badan nie.Dah ada drip air pehtu asik nak terkencing jer..susah tul nak bangun dengan drip air kat tangan..Dugaan sungguh..sepanjang dok wad hari2 Dr ambik darah hantar makmal.Suhu sekejap naik sekejap turun..Pas dr bagi antibiotik baru suhu badan turun & back to normal.Badan memang sakit2 & lemah..maklumla makan tak lalu.Kena pulak nasi wad..Mana la lalu nak telan huhuhu..Ala2 pejam mata telan jugak sikit2 dalam otak fikir nak cepat sihat jer & ingat anak2 jer.Alhamulilah anak2 tak buat perangai langsung agaknya tahu ibunya tak ada so malam2 walaupun agak lambat tido tapi hubby cakap Afiq langsung tak bangun meragam.Maklumla dia masih menyusu badan.Hari ke 2 kat wad aku dah suh hubby bawak anak2 tak tahan rindu sangat dah kat diaorang..Ya!aallah gembiranya hati dapat tengok anak2 tapi bila sampai masa nak balik itula paling tak sanggup aku lalui.Kakak menangis dari start salam & menangis2 merayu nak ibu balik..aku waktu tu jangan cakap melimpah ruah dah air mata sayu sangat tengok hubby bawak anak2 balik (adei tengah menulis pun air mata turun suda ingat saat itu)..Hubby cakap kakak menangis sampai umah..Sian sangat kat dia..Afiq plak macam dah lupa nenen..Dia kecik lagi tak faham siap babai ibu lagik.Hubby cakap Nurul asyik berdoa supaya ibu sihat jer.terkumat-kamit mulutnya berdoa..sebelum tido..Siankan anak2 tunggang langgang bila ibu masuk wad.Hari ke3 kat wad Nanie dah tanya Dr bila boleh balik??Kata Dr kena pantau keadaan Nanie 24jam lagi..Adei Nanie sangat berdoa agar dapat kuar secepat mungkin dari wad..Dah rindu kat umah..rindu anak2 terutamanya..Pepagi hari ke 4..Dr masuk je soalan pertama aku tanya bila dr dah abis check boleh saya balik ari nie Dr??Dr yang baik hati dengan senyum simpul cakap..boleh tapi kena tunggu sampai kul 6 ye..Kalau semua ok u boleh balik..Wah!!terawang2 Nanie gembira..tak sabar tunggu petang..dah ler dok menung sensorang je dalam bilik tu..Hubby tak sampai lagik Nanie dah prepare semua barang & siapkan diri..memang hubby datang bayar bil & angkut beg je..Sebelum tu kul 4pm++ drip air dah ditanggalkan..kul 5pm nurse dtg buka jarum kat tangan semua & bagi makan ubat cuci air kencing katanya..Rasanya jangan cakap teruk giler demi kesihatan ku telan jua walaupun tak abis sikit sebab nak muntah betul minum ubat tu..1/2 cawan ubat tu abis 1botol air nanie minum untuk tunda ubat tu masuk..Muka berseri jer sementara tunggu hubby datang..Hubby sampai jer terus cakap jom balik semua dah siap dah leh kuar.Cargas & pantas bab balik.Sampai umah anak2 menjerit keriangan sambut Nanie balik.Lega sangat tengok anak2 &&&& umah yang agak serabut tak kisah la namanya orang lelaki urus umah..Sambung mc lagi 2hr berehat2 sebab badan agak lemah jugak pas kuar wad.Lega dapat kuar wad alhamdulilah kesihatan semakin baik..Harap2nya kesihatan akan terus baik sampai masa bersalin kelak..Terima kasih kepada Dr & nurse yang merawat sepanjang aku kat sana..jasamu dikenang..

Wednesday, March 9, 2011

MELUR JELITA DATANG…JENG JENG JENG!

Tertinggal kapalterbang sungguh kan..Baru nak joint k.melur jelita ku..hehehe..Tak pe..Takpe..biar lambat asal joint kannnn....



Syarat – syaratnya mudah saja…
1. Banner Melurjelita.com.
Letak di side bar blog anda.


*Bunga Melur



2. Tajuknya MELUR JELITA DATANG…JENG JENG JENG! (siap)
3. Kalau dah buat atau nak sertai segmen ini…tinggalkan komen dan link anda di entry ini ya. (siap)
Tinggalkan di sini ya. jangan di entry lain atau di shoutbox…saya geget nanti..hehehe
4. terbuka kepada semua bloggers, Jelitawans atau Mr Jelitawans
5. Wajib letak link Melurjelita.com di bloglist anda. Saya juga akan letak link blog anda di bloglist saya.
6. Tarikh tutup 15 mac 2011

Ok all done...

Motivasikan diri sendiri...


Hari ini perlukan motivasi untuk diri sendiri..Sebab sebagai manusia biasa kenkadang ku jugak lemah & rasa sakit dengan ujian yang datang..kenkadang ku rasa kuat kenkadang ku rasa ya!allah lemahnya diri ini dalam menempuhi ujian mu.Kadang2 rasa amat tak sanggup lagi nak hadapinya..Alahan yang tanpa henti2..Muntah2 yang masih belum nampak petanda mahu berhenti.Nampaknya seperti pengalaman lalu sampai bersalin la benda nie berlarutan..Namun aku redha & pasrah dalam menempuhinya..walaupun kenkadang rasa "tergelincir"itu datang jua..Aku cuma manusia biasa..ada masa kuat ada masa lemah..Namun ku cuba memotivasikan diri ini agar sentiasa kuat..Kekuatan ini tak datang dengan sendiri..Sokongan keluarga & kawan2 banyak membantu..BErtuahlah insan yang melalui tempoh kehamilan dengan mudah..Aku ini insan terpilih untuk melalui sedikit kepayahan..Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya..Ku mohon padamu Ya!allah kurniakan kan kekuatan,rahmatmu & segala limpah kebaikan untuk ku & keluargaku..Sihatkan lah zuriat yang kukandung ini semoga hanya yang terbaik daripadamu Ya!allah..Yang baik itu datang daripadamu Ya!allah segalanya yang lemah ini daripada hambamu jua..Padamu tempatku memohon Ya!allah..


Untuk ceriakan hari ini..ku tatap gambar ini yang membuatkan ku tersenyum...




Doakan kesihatan saya ye sampai selamat melahirkan si comel ini...

Monday, March 7, 2011

Stok barang panas....


Mari2 stock baru dah masuk..siapa cepat dia dapat..barang panas nie selalunya cepat habis sebab memang sedap...
Ini hasil daripada tepung kek segera tu ye...
Ini kek Coklat Lembab..Order daripada adik ipar untuk makan2 jer...

Ini Nanie buat untuk mini gathering with kengkawan..kek coklat jugak buat Nanie layer with cheese kat atas memang superb rasanya...

Lepak2 & makan2 again...






Lepak2 & makan2 time again dengan kenkawan sekolah.sangat ceria & gembira bertemu mereka..biarpun kali ini tak ramai yang dapat joint tapi tak apa..next time akan ada lagi waktu bergembira seperti ini..Gembira dapat lepak2 & bercerita bersama2 mereka..Insyaallah ikatan persahabatan yang ada makin erat terjalin bila saling berhubung.seperti biasa la bila perjumpaan macam nie just buat pot luck senang kan semua bawak menu sendiri pastu makan reramai..sambil makan sambil chit chat..ha tak sedar dah overload makan hahaha..happy jumpa kamu2 semua & hopefully next time dapat berkumpul lagik.......

Wednesday, February 23, 2011

Aktiviti kegemaran nya...



Pantang terleka inilah aktiviti kegemaran Afiq kalau dapat kat dia botol bedak.Main bedak..habis ditaburnya merata2 selain disapu pada muka sampai putih jadik tepung gomak.Habis la tv pun disapu bedak kalau aktivitinya lambat disedari oleh ibunya nie..Jadiknya kalu tetiba sunyi jer & tak dengar apa dia buat lebih baik cepat2 pergi tengok..Adalah aktivitinya tu.Nak marah tapi nak ketawa pun ada bila tengok dia dah putih sampai cam tu....Hai la sayang ibu..
Lagi satu kalau tetiba dia hilang..carik dalam bilik kakaknya..inilah aktivitinya..macam tahu jer...sebenarnya aksi je lebihhhh...hehehehe

Tuesday, February 22, 2011

Zikrullah Pengubat Hati


1. MAKSUD ZIKIR :

· Mengingati Allah dengan hati, lisan dan perbuatan



2. TUNTUTAN BERZIKIR KEPADA ALLAH

· Ia merupakan cara manusia berhubung dengan penciptanya

· Orang bertakwa sentiasa mengingati dalam semua keadaan



3. ADAB BERZIKIR

· Menyebut lafaz zikir dengan betul serta memahami maksudnya

· Berzikir dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas

· Zikir dengan lafaz-lafaz yang terdapat didalam nas al-Quran atau as-Sunnah

· Merasa kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah

· Menggunakan suara yang perlahan

· Perbanyakkan berzikir dalam suasana genting

· Berzikir dengan lafaz tertentu mengikut keadaan dan tempat

· Tidak berzikir semasa qadhak hajat



4. SEBAB PERLU BERADAB KETIKA BERZIKIR

· Supaya tidak menggunakan ketenteraman orang lain

· Untuk mencapai kesempurnan dalam ibadat

· Selaras dengan sunat rasulullah s.a.w

· Supaya zikir diterima Allah

· Berdisiplin dalam menunaikan ibadat



5. HIKMAH BERADAB KETIKA BERZIKIR

· Dikasihi Allah kerana Allah menyukai orang yang melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya

· Mendapat ketenangan jiwa kerana berzikir dengan beradab memberi kesan kepada jiwa seseorang

· Mendidik jiwa supaya mengingati Allah

· Mendapat pahala

6. LAFAZ DAN MASA YANG AFDHAL UNTUK BERZIKIR

· لا إله إلا الله

· Pada awal pagi

· Selepas solat sunat dan fardhu

· Semasa dalam sujud terakhir dalam solat



7. KESAN MENGAMALKAN BERZIKIR DEPADA ALLAH

· Tidak terdedah dengan perkara yang dimurkai Allah kerana tidak mudah dikuasai syaitan dan mampu mengawal nafsu

· Tidak lupa kepada tanggungjawab terhadap agama

· Berada dalam keadaan tenang

· Dapat menghidupkan hati yang telah mati akibat lalai dengan tuntutan agama



8. KERUGIAN KEPADA ORANG YANG TIDAK BERZIKIR

· Terdedah dengan perkara yang dimurkai Allah kerana ia mudah dikuasai syaitan dan sukar mengawal nafsu

· Lupa kepada tanggungjawab terhadap agama

· Berada dalam keadaan gelisah

Friday, February 18, 2011

Dah 25+++mgu kehamilan ku...

Masa berlalu begitu pantas..diam tak diam Nanie dah pregnant selama 25+++mgu..Dah 6bln lebih...Insyaallah lagi 14mgu lahirla seorang lagik cahayamataku.Masih ada alahan cuma dah adala seteruk dulu..Muntah2 macam yang sebelumnya masih tak moo berhenti..Kata dr sebab Nanie ada gastrik jugak itulah sebabnya simtom ini masih berlaku..ini ubat yang Dr bekalkan suh makan..satu untuk kurangkan angin & tahan muntah..tapi ubat tahan muntah tu memang mengantuk..Nak makan kena fikir dulu kalau hari bekerja.Kalau makan keja apa pun tak jadik nanti...

Nanie dah start sakit pangkal peha & rasa semacam kat bahagian bawah perut ++ sakit kaki sekali..Kaki bengkak jangan cakap la dari awal dah kembang..Perut besar kata Dr & Nanie tak mampu tampung berat itu la jadiknya..Memang sakit ok kalau dah baring nak bangun adeh bercinta menahan sakitnya..Nak2 pulak selalu kena mendukung Afiq yang tido waktu dihantar ke bb sitter & datang manjanya pun tak ingin dia jalan nak berdukung ja..Kalau hubby ada memang hubby buat la kalau tak ada terpaksa buat sendiri..Cuma kali ini alhamdulilah allah kurniakan kekuatan yang Nanie rasa lebih daripada mengandung yang sebelumnya..sebab Nanie mampu bawak motor sendiri walaupun selalunya akan menjadi tumpuan orang..Nanie buat dek je la walaupun ada yang tengok sambil geleng2 & terbeliak mata macam ai hantu jer.hehehe jangan la camtu malu tau..Terpaksa ok itupun Nanie buat bila hubby keja siang & tak boleh jemput Nanie.Nak drive sangatla susah nak ambik Nurul jem..sana jem sini jem.Lagi pun Nanie sangat takut bawak kereta hubby itu sebabnya tak nampak belakang langsung..Main undur suka hati je kata ketinggian sangat berkurangan.Naik motor je senang lagipun opis dekat je..walaupun ramai yang menegur kan..Isyaallah segalanya dalam keadaan baik2 sahaja..doakan sama ye...