Pages

Thursday, August 12, 2010

Wednesday, August 11, 2010

Masih dalam mood cuti...

Lepas cuti 5hari..Hari nie baru start keje so mood belum mari..Masih dalam mood bercuti.Lagipun badan masih penat lagi maklum la smalam petang baru sampai dari kampung..Cuti 5hari pun tak rehat sebab BIL kahwin so kalau ada kenduri mana ada rehat start sampai hari jumaat bawak ke isnin banyak je kejanya.Malam isnin balik rumak mak Nanie terus zzzzzzz..Pagi bangun sarapan & terus balik Puchong..Ingat nak rehat tapi anak2 yang mula tak sihat dari Ahad makin tak sihat..Kenduri ada buka counter cendol apalagi minum cendol tak hengat anak2.Tambah pulak ada yang tolong suapkan laju je la masuk mulut..Singgah klinik dulu check kakak & adik baru balik rumah dekat pukul 5 baru sampai..Rehat2 lepas magrib baru keluar rumah pegi beli barang untuk masak sahur.
SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA...

Thursday, August 5, 2010

Hari Ini...



Smalam MC so datang je keje hari nie..Uwaaaaaa manyaknya benda atas meja.Claim form la..Annual leave form la..macam2 ada..Rilex Nanie slow2 settle semua....

Tuesday, August 3, 2010

Ramadhan hampir tiba..


Tak lama lagi ramadhan akan tiba.Setiap kali tiba ramadhan Nanie sentiasa teringat kenangan masa kecik2 dulu..Kelakar,gembira,masam & manis semua ada.
Paling tak boleh lupa aktiviti ambik bubur lambuk kat masjid.Masa tu umur Nanie 6thn tak silap petang ambil bubur lambuk kat masjid bawak balik rumah.Tapi korang tahu apa bekal i bawak nak p ambik bubur lambuk tu???Nanie bawak sudu ok..Waktu jalan balik sambil belasah sudu bubur lambuk masuk mulut hahaha.(Nurul jangan tiru tau)..
Rindu suasana puasa kat kampung sekarang balik sesekali je dapat puasa kat kampung.Petang2 kat kampung ada aktiviti tukar2 juadah macam tradisi tetap.Rindu kenangan jalan ramai2 pergi terawih kat masjid.Rindu nak makan nasi ulam nenek buat..Sekarang nenek dah tak sihat dah lama tak makan nasi ulam yang sedap.Rindu saat menunggu waktu buka puasa dengan family..Rindu dengan segalanya yang pernah dilalui dahulu.Tapi masa yang berlalu tak mungkin dapat diputar kembali yang ada hanya kenangan untuk diingati..
Yang pasti ramadhan pertama tahun nie Nanie akan buka puasa dengan anak2 jer bcoz my hubby keje..Sedihkan..
Selamat berpuasa & menyambut ramadhan buat sahabat semua...

Monday, August 2, 2010

Order From Pasti Bistari




Tempahan daripada ummi (cikgu nurul) 2biji kek masam manis..Regular customer nie..Selang sebulan akan order 2biji kek untuk sambutan besday murid2.Gambar versi yang dah siap & tunggu nak masuk oven..

Saturday, July 31, 2010

Kek Pisang



Meh memasak pulak..Ada member yang bagi resepi kek pisang yang mudah & sedap.Disebabkan my hubby sangat suka kek pisang Nanie try buat.Resepi sebenarnya kene blender pisangnya baru jadik macam kat kedai punya tu.Tapi Nanie lenyek2 je pisangnya macam buat "cokodok" tu.Jadik pisangnya masih nampak berketul2 sikit(macam dalam gambar tu..gambar tu Nanie ambik masa keknya panas2 lagi..hehehe tak sabar nak rasa)

Resepi Kek Pisang.

3 biji telur
1 cawan gula (Nanie letak 1/2 cwn gula je sebab tak suka manis sangat)
1 cawan minyak masak
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
5 biji pisang berangan (blender)
(Tepung & soda bikarbornat dicampurkan sekali sebelum masuk ke dalam adunan)

Cara-cara :
Pukul telur & gula sampai kembang.Masukkan minyak.Pukul sekejap.
Masukkan tepung gandum yang telah dicampur baking soda.
Akhir sekali masukkan pisang yang telah diblender.Kalau nak lebih wangi boleh juga
masukkan essence pisang.Adun sebati.
Sapu loyang pembakar dengan minyak sikit supaya adunan tak melekat.
Bakar dengan suhu 160-180'C selama lebih kurang 1jam..

Friday, July 30, 2010

Mood Afiq....

Kalau mood Afiq baik..Nampak camera jer dia dah sengih sakan...



Meh tengok Afiq bila dia bad mood..Nampak camera pun nangis daa...



Thursday, July 29, 2010

Pengedar Tepung Kek Warisan Bonda


Nanie adalah pengedar Tepung Kek & Biskut Warisan Bonda (http://tepungkekwarisanbonda.blogspot.com) untuk kawasan Puchong & sekitarnya.So kek yang korang tengok Nanie jual adalah hasil drpd tepung kek nie la cuma tambah topping & hiasan je.Rasa memang dijamin sedap.Nanie biasa jual secara off line je.Tapi dimaklumkan sebarang promosi yang dijalankan oleh pengeluar tidak disertai oleh pengedar(sebab pengedar still sama je reganya hehehe).Harap maklum.Kalau berminat leh la tanya2 Nanie kalau berdekatan.

Jenis tepung kek yang ada :
- Red Velvet Cake
- Vanilla Muffin
- Chocolate Butter Cake
- Marble Mocha
- Moist Chocolate Cake
- Sweet Sour Cake
- Honey Butter Cake
- Pandan Nestum Cake
- Carrot Cake
- Banana Cake
- Fruit Cake
- Chocolate Rice Cake

Perasa Tepung Biskut yang ada :
- Chocolate Chip Cookies
- Cornflakes Cookies
- Double Chocolate Chip & Nuts Cookies
- Orange Nestum Cookies
- Raisin Oat Cookies

Masalah Awang Hitam..

Tempat korang tinggal banyak tak awang hitam aka orang negro??Kat area kawasan rumah Nanie memang sangat banyak sampaikan ada satu restoran diaorg depan area kedai rumah Nanie so kalau dah sampai ada restoran confirmla banyak kan diaorg nie..Nanie bukan anti warga asing tapi sikap mereka yang tak tahu menghormati budaya & cara kita..Kurang sopan..Antara perkara kurang sopan yang pernah Nanie alami dengan mereka ialah Nanie dengan Nurul ke kedai slumber je tetiba bukak seluar kat kawasan public tu kencing..Apalagi terkejut Nanie takut Nurul nampak kelam-kelibut tarik Nurul kelain..Siot sungguh..Mabuk & menganggu orang yang lalu kat kawasan diaorg lepak.Menakutkan ok.Bawak kereta memang tak ikut undang2 main redah jer membahayakan orang lain.Pagi tadi baru terserempak awang hitam bawak keta lampu hijau dia leka bertelefon tetiba terus pecut bila lampu merah kalau la ada motor lintas waktu tu harus jadik la kemalangan.Usik isteri orang tak kira la bawak anak ke apa ayat biasa ialah "how are u" then asyik tanya soalan sama walaupun orang tak layan..Giler..Paling Nanie tak suka ialah kalau diaorg tetiba usap pipi Nurul kalau terserempak kat kedai..Memang rasa nak marah je.Nanie tak suka ok orang yang tak dikenali tetiba sentuh my litte girl.Lelaki pulak tu..Hormat sikit ok.Even Nurul comel pun tegur je cukup tak yah nak sentuh2 (emosi nie)..Area kat belakang rumah Nanie tu dah pernah masuk dalam 999 pasal isu awang hitam nie tapi kebanjiran diaorg memang dah tak terkawal lagi..Diaorg majoriti tinggal kat pangsapuri area wawasan Nanie rasa tapi tempat lepak diaorg ada merata2..Kadang2 yang sedihnya ada orang kita yang perempuan dengan bangganya berkepit melepak sekali dengan diaorg.Hem..macam2 gelagat ada..Datang ke tempat orang sepatutnya hormati la budaya & cara kita..bukan kita yang naik takut bila nampak mereka beramai-ramai..

Wednesday, July 28, 2010

Layan Afiq & kakak..






Suke benor 2 beradik nie kalau bergambar..

Bisnes kuih raya..

Seperti dijangka tahun nie harga kuih semua naik daripada pengeluar disebabkan peningkatan kos bahan2 membuatnya..So as dealer Nanie follow harga baru...Sample dah ada & sedang diedarkan..Rasa jangan risau dijamin superb memang yang dah biasa beli tahun lepas this year belum datang sample dah order..Alhamdulilah rezeki..Ada sapa nak order????Meh ler ke Puchong...Kenapa tak ada gambar??ini kes "m" ok..Order buka sampai 20.08.2010 jer..

Harga kuih tahun nie...

Tart Nenas 50pcs 22.00
100pcs 40.00

Almond London 50pcs 22.00
100pcs 40.00

"Samperit Dahlia
(Vanilla)" 50pcs 18.00
100pcs 32.00

"Samperit Dahlia
(Coklat)" 50pcs 18.00
100pcs 32.00

Sarang semut 50pcs 18.00
100pcs 32.00

Kuih sepit 50pcs 8.00

Maruku Kacang Peas 1/2 kg 15.00

Popiah Pedas 1/2kg 15.00
1kg 28.00

Order From Kawan Hubby


Ini Order from kawan my hubby Kek Coklat Moist plus simple topping jer..Nanie bukan pembuat kek yang profesional..Ala2 budak baru belajar..Kalau ada yang order ambik tapi dah cakap simple topping ok kalau nak macam2 sangat memang Nanie tak tahu..Awal2 dah cakap kalau customer cakap ok on jer..Cantik tak kek nyer???Hehehe

Saturday, July 24, 2010

Kebahagiaan akhirnya tiba..

Nanie tumpang gembira untuk my best friend Adeline..Setelah menanti selama 11tahun akhirnya saat manisnya tiba..Adeline selamat melahirkan baby girl 3.08kg 20.7.2010.Nanie tak berkesempatan menjenguknya di hospital bcoz lepas keluar je dia terus balik kg.Terpaksa la tunggu dia habis pantang baru dapat tengok Adeline junior.Adeline is my best friend kat office.Walaupun berbeza bangsa & agama tapi kami memang ngam sangat.Semangat 1 malaysia nie hehehe.
Dengar kawan2 bersalin rasa macam nak baby lagi..Bau wangi baby sangat suka..hem..

Friday, July 23, 2010

Sering ku rindui..





Wajah2 yang setiap hari ku rindui..Sentiasa berdoa semoga allah memberikan mereka kesihatan tubuh badan..Kemudahan beribadat.Permudah & perbanyakkan rezeki..Kebahagian dunia & akhirat..
Orang selalu cakap muka mak macam Nanie??Betul ker??Setiap kali merindui mereka air mata nie mudah sangat nak menitiskan..Sedangkan selalu cakap telefon..(ala dah nangis dah)..
Rindu mak & abah...

Wednesday, July 21, 2010

Anak2 ibu..

Setiap kali balik keje memang kene bergegas masak sebab anak nampak jer muka ibu nie lapar la..Kakak walaupun dah 6thn still tak mahu makan sendiri nak suap jugak macam adik..Kes jelous tak habis lagi la nie.Tapi paling kelakar kalau ibu marah salah seorang jer sorang lagi mesti pujuk..Kalau kakak kena marah adik akan g tepuk bahu & cakap dah..dah..dah..Macam faham je dia..Kalau adik kena marah kakak akan pujuk & peluk adik..Adik pun pandai la kena marah je cari kakak..Sekongkol nie.
Tapi gelagat anak2 memang macam2..kelakar..nakal..tapi itu la gelagat yang ibu suka & rindu jer kalau g keje.Afiq dah makin besar semua orang asyik cakap dia tembam..Dulu masa dia kecik semua cakap dia lembik & kecik sangat skrg memang la semangat mamam je dia.Kakak sejak masuk sekolah makin kurus daripada tembam terus jadik kurus maybe sebab penat & main je kat sekolah dengan kengkawan dia.Pelajaran kakak alhamdulilah sangat memberangsangkan..Harap2 dia akan terus cemerlang.Amin..
Sayang anak-anak ibu..semoga jadik anak yang soleh & solehah..

Balik Kg..

15.7.10 balik kg bcoz adik ipar tunang 17.7.10..Bergerak dari rumah dah kul 8pm..Jumpa k.lena ambik order dulu..Pastu jumpa along amik barang yang dikirim untuk mak..Baru la gerak terus..Sampai rumah MIL dah kul1.30am..Apalagi sembang2 jap terus zzzzzz...Hahaha dah ler sepanjang perjalanan belasah tido jer jaga pun kejap2 jer.Bengang jer mr hubby memandu sowang2.Maaf ye syg..Ngantuks la.Lagipun pepagi dah bangun baked sebiji butter cake lagi untuk bawak balik kg..Penat la...

Thursday, July 8, 2010

Report Card Day..

Hari nie ambik report card Nurul kat PASTI..Ahamdulilah bersyukur sangat dengan pencapaian Nurul..Harapan ibu semoga kecermelangan Nurul berterusan...
Dalam gembira majuk gak dengan en.Hubby..tetiba je tak leh g sesama kena kerja..Majuk la i..seb baik la sejuk hati dengan komen cikgu2 Nurul yang baik2 jer...
Tapi nak abis dah majuknya sebab hubby dah pujuk2 sikit hehehe....

Tuesday, July 6, 2010

Beralah tak semestinya kalah..

Bila beralah tak semestinya bermakna kalah..Beralah untuk tidak memanjang situasi yang akan menjadi lebih rumit jika mula berbalah..jadiknya lebih baik beralah daripada berbalah..Fikirkan yang positif untuk tenangkan diri..Dalam keadaan panas tak mungkin kita akan fikir dengan rasional..Lebih baik bertenang dulu sebelum mengungkap kata..Supaya kata yang terucap lebih mengunakan akal daripada nafsu...
Jika perlu bercakap baru ungkapkan..Jika ungkapan itu cuma menimbulkan kelukaan & kesakitan lebih baik disimpan..Disimpan jangan sampai menjadi barah dihati..Jika waktu & ketika yang sesuai akan diluahkan jua..

Monday, July 5, 2010

Aktiviti Hujung Minggu

Hari sabtu 3.7.10 buat gathering kat rumah..small gathering je sebab yang joint 3org je..Kengkawan sehati sejiwa..Tapi havocnya jangan cakap dengan suara anak2 macam pasar daa my house that day..hehehe tapi happy..Buat pot luck so sesiapa yang datang kena la bawak menu..Ayu bawak spagetti nyum..nyum..orang pertama tiba tu..K.azie bawak popia sekejap je clear..Cikgu Ct datang bawak badan je hehehe..I sebagai tuan rumah prepare minuman,k.teow goreng,Kek pisang coklat & nugget mulanya..Masuk dah kul 5 je diaorg kata buat la air panas sikit ++ goreng la apa yang patut so air teh o + cucur udang siap..Sekejap je clear..Semua ngap je kejanya kena plak cuaca yang sejuk2 gitu..Lamanya tak duduk berlepak & berborak macam tu..Gembiranya..Hubby plak dok je tengok Tv + tolong jaga Afiq sebab semuanya datang tak bawak hubby so tumpang gelak jer la..
Hari ahad kat rumah tak ada air ler..Management cuci tangki so tadah air bebanyak takut tak cukup sebab lama tu tak ada air dari 8am-10pm..Huik..jenuh ler jugak seb baik tak ada yang sakit perut kalau tak mahunya tak cukup air yang Nanie takung..kata bekas tak banyak..
Hubby balik shift malam..Pas sarapan jap dah tido..jadiknya disebabkan tak ada aktiviti jadiknya ibu & anak2 pun follow tido..hahaha macam shift malam jugak la konon..sedar je dah kul 1tengahari ambik ko kelam kelibut bangun masak..Takut anak2 bangun lapo je..Siap je masak Nurul & Afiq bangun..Dah cakap mesti lapo punya..Terus suapkan makan...