Wednesday, September 22, 2010
Suasana hari raya
Baru nak cerita pasal raya..hehehe tertinggal kapal tul la.Ini suasana raya kat kampung..Tema tahun ni hijau.Paling gembira tentulah anak-anak..Layan gambar ok..




Wednesday, September 15, 2010
Respon daripada aduan Nanie..
Cepat & pantas jugak Nanie terima respon minta maaf daripada email yang Nanie hantar pagi tadi.Pukul 5pm seorang lelaki call bertanya kan komplen yang Nanie buat.Nanie cakap yang sepatutnya Nanie cakap & berharap benda ini tak akan berulang.Selesai satu perkara..Pas tu Nanie terus call abah bgtahu permohonan maaf diaorg.Bukan nak kenakan M.cik tu tapi hormati orang lain.Jangan sewenang-wenangnya nak marah2 orang depan orang ramai.Abah Nanie ada maruah jugak.Walaupun abah tak bersuara dia mesti malu dibuat seperti budak kecik depan orang ramai..Selesai.
Kakak ipar ku..

Tetiba rasa nak cite pasal kakak ipar Nanie yang amat disayangi.Kakak ipar Nanie nie yang paling ngam,serasi & baik sangat title je kakak ipar tapi dia dah macam kakak sendiri.Nanie panggil dia k.su.Apa sahaja perkara Nanie share dengan dia.Nak ngadu apa2 kat along pun suh dia yang cakap hehehe.Tak tahu la nak cakap macam mana ye tapi along memang bertuah dapat k.su sebagai isteri.Mak&abah juga bertuah ada menantu macam k.su.Nanie bertuah jugak dapat kakak ipar sebaik k.su.
K.su tak ada kata yang dapat menzahirkan kasih sayang Na(nama manja i ok)pada k.su.Na sentiasa mendoakan yang terbaik untuk k.su,along & keluarga.Terima kasih untuk segalanya yang k.su lakukan selama ini.Luv u so much k.su..
Pengalaman naik bas...

Alhamdulilah selamat sampai ke rumah smalam..Walaupun melalui pengalaman tak best naik bas..Perkhidmatan macam hampas.Dah lama Nanie tak naik bas express tapi disebabkan nak balik awal ke Puchong so TERPAKSA naik bas.Nak tunggu hubby jemput lambat sangat..Pengalaman yang tak best & scary.Mak Nanie OKU (mengunakan kaki palsu) so masa nak ke tempat naik bas tu abah parking betul2 depan premis diaorang la sebab senang untuk mak masuk ke premis diaorg sementara tunggu bas yang Nanie & anak2 akan naik sampai.Masa abah parking tu staff dia tak bunyi apa2 pun so abah parking jer la lagipun tak ada pulak tulis no parking kat situ.Masa bas sampai je dah la ramai orang m.cik tu bising2 pasal abah park kat situ sedangkan dah dekat 1/2jam abah parking dia tak bising tapi bila orang ramai dia bising.Mulut celupar pulak tu macam2 dia cakap kat abah Nanie.Kenapa tak ada budi bahasa??Tak ada cara yang baik kah untuk berkomunikasi dengan pelanggan anda??Nanie bengang la tengok m.cik sesuka hati jer sound abah tapi sebab keadaan masa tu nak cepat sebab itu bukan terminal bas itu just tempat persinggahan untuk ambik penumpang je so bas berhenti sekejap jer so memang tak sempat nak bahasakan m.cik tu.Abah Nanie diam je la Nanie tengok sedangkan Nanie yang naik marah tengok m.cik celupar tu.Lepas check keadaan Nanie & anak2 ok atas bas abah terus ubah parking kereta.Nanie sedih je tengok abah dibuat macam tu.Tapi hari ini Nanie ada buat aduan ke syarikat tu melalui email sebab call tak ada yang jawab.So tunggu jer jawapan daripada Syarikat tu..
Perkara kedua yang menakutkan ialah di pertengahan jalan tetiba tayar bas meletup uiks..Takutnya seb baik masa tu tengah slow driver tu bawak so dia cepat2 ke tepi parking bas ke tepi jalan.Dah la tayar bas pecah bas tu still bergerak jugak masuk ke Gopeng sebab nak cari bengkel baiki tayar yang pecah tu.Menakutkan ok naik bas yang tayar pecah tapi still bergerak.Tak henti2 Nanie berdoa agar tiada perkara buruk yang terjadi sepanjang perjalanan.Afiq menangis sebab terkejut masa tayar bas pecah tu bunyi kuat.Nurul peluk jer tangan Nanie takut.Adui memang pas nie berfikir banyak kali sebelum naik bas & kalau terpaksa naik pun tak mungkin akan guna khidmat syarikat itu.Serikkkk betulll....
Wednesday, September 8, 2010
Ceria di dalam duka

Ceria menanti syawal menjelma..Sedih mengenangkan yang tersayang tiada disisi..Ini memang bukan kali pertama dilalui.Tapi hati ini..perasaan ini..tetap terusik..tetap bersedih..tetap berduka..tetap mengalir juga air mata.Saat mengemas beg..menyediakan kuih raya untuk dibawa pulang ke kampung..Saat menyediakan keperluan hubby dirumah selama Nanie di kampung..Saat menulis entry ini.Semuanya mengundang air mata..Macam mana nak dihuraikan rasa hati ini??Hanya allah & siapa yang melaluinya sahaja tahu perasaan ini.Lalui sahaja jalan yang ada ini sebab macam mana pusing pun keadaannya tetap sama.Semoga hati ini akan kuat.Luv u sayang...
Tuesday, September 7, 2010
Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Selamat menyambut hari raya aidilfitri yang bakal menjelang buat sahabat semua..Semoga aidilfitri ini disambut dengan penuh kesyukuran & kegembiraan.Maaf zahir & batin andai ada salah & silap.
Tentunya semua persiapan dah siap kan.Alhamdulilah persiapan Nurul & Afiq semua dah siap termasuk ibu & abah hehehe(nak jugak tu)itupun Jumaat lepas baru settle belikan semua.Anak2 Nanie paling gembira dapat baju baru la katakan tak sabar nak melaram..Hari2 kat rumah menerai kasut baru 2beradik tu sampai kena sorok takut lusuh sebelum raya.Kuih raya untuk rumah sendiri,Mak & MIL dah siap.Duit raya hemm belum masuk sampul lagi daa (hari nie akan disiapkan ok)..Beg baju pun belum packing uwaa..uwaa..Macam mana nak packing ibu susun dalam beg AFiq keluarkan balik..Pas sahur pagi nie nak susun baju tetiba jer Afiq bangun adoila macam mana nak susun nie..Memula dia tengok jer pas tu dalam mata yang still tak larat buka tu dia naik motor dia langgar semua baju yang Nanie dah lipat..Alahai anak ibu nape tak nak dok dendiam nie sayang..Sian ibu tau.Akhirnya keja ibu tak jadik jugak..Hem tak leh jadik kena siapkan hari jugak semua sebab esok malam dah nak balik kampung.Busy2 last2 minit nie tempahan kek pun ada gak.Rezeki jangan ditolak.Tak sabar nak balik kampung jumpa mak & abah..Dalam tak sabar tu sedih gak sebab my hubby tak ikut.Nanie akan balik ke sini(puchong) semula on 14-9 nak duduk lelama kat kg hubby pun tinggal sorang kat sini.Sian abah raya dengan kengkawan jer(nurul cakap)..Hopefully Nurul & Afiq (+++ibu sekali ye hehehe) jangan meragam rindukan abahnya sebab tak pernah berenggang..

SO untuk yang nak balik ke kampung pandu dengan dengan cermat & sabar..Berhati2 dijalan raya.Keta banyak time2 nie jalan sure sesak..Semoga bergembira di hari mulia..
Monday, September 6, 2010
Jovene Tay Zhi Yin
Ingat tak entry sebelum nie pasal my best friend Adeline..Yang menunggu 11thn nak dapatkan cahaya mata....Ini gambar baby Jovene diaorg yang comel sangat..Muka macam daddynya sebijik..Kebahagian Adeline yang tak terucap..Nanie tumpang gembira untuk Adeline...Be a good mummy ok dear.Selamat melangkah ke fasa baru seorang ibu...
Hari nie kan...

Hari nie sebab ada yang order kek last minit ++ tepung plak dapat smalam itupun Nanie singgah ambik malam lepas p buka pose kat Rawang(rumah abg)..Gedebuk-gedebak kul 12pm baru sampai rumah mata tak larat angkat dah.Memula minta customer suh ambik hari selasa..Tapi dia nak hari nie gak so subuh2 tadi masa masa bangun sahur dah bancuh adunan kek marble.Maklum la guna oven yang biasa so nak siapkan 2 bijik tu bercinta jugak la..Jadiknya masuk keja lambat sikit hari nie sebab kek kedua siap masak kul 8.30am..sebab kek panas tak leh sapu topping.Petang nanti baru nak sapu topping malam deliver to customer.Datang office mata mengantuk daa...Mengantuk pun takpe la karang lunch our zzzzzz..Penat tapi berbaloi sebab leh tambah RM raya hehehe.Hujung2 nak raya busy sikit & terpaksa berjaga malam sebab tempahan kek hari2 ada..Alhamdulilah rezeki...
Biskut Raya..
Raya nie ada biskut yang dibeli & ada yang buat sendiri maklumla nak tampung 3buah rumah sendiri,mak & mertua.Buat sendiri jimat sikit & tambah stok yang mana dah beli.Eh nampak tak biskut makmur tu ada kecik ada besar hehehe abaikan aje saiznya tu janji sedap..Yang buat sendiri 2jenis jer Cornflakes Madu & Makmur (Nanie "hantu" makmur hehehe)itupun jenuh jugak la berebut doh & cornflakes dengan anak2 ku.Conrflakes madu tu sebenarnya buat 2nd round sebabnya yang 1st round buat dah habis dimakan putera puteri ku so terpaksala buat baru untuk rumah nyer stok.Stok mak mertua & mak pun ada.Semua dapat "ADIL"gitu.Resepi untuk kedua2nya sangat simple tapi sedap.Sumber resepinya dah tak ingat dari mana sebab dari tahun lepas punya.Nanie share resepi yang ringkas & mudah..
Cornflakes Madu
Bahan Diperlukan:
Cornflakes (Nanie beli 1kg nyer kat Bake With Yen)
Butter 250gram
Madu @ Golden sirap pun boleh (Nanie letak dalam 7sudu besar utk 1kg cornflakes)
Gula 3sudu (suka manis taruk lebih ye)
Esen Vanilla
Cara membuatnya:
Cairkan butter + madu@golden sirap+gula+esen vanilla kemudian sejukkan.
Dalam bekas lain ramas2 sikit cornflakes supaya hancur2 sikit.
Tuangkan bahan yang dicairkan tadi & gaul sebati dengan cornflakes.
Masukkan dalam paper cup kecil cornflakes tadi hias dengan ceri ker @ apa2 yang anda suka..Nanie guna coklat rice.
Bakar sekejap dalam oven dalam 5minit supaya conrflakes madu tu jadik lebih rangup.
Biskut Makmur
Bahan Diperlukan)
Tepung Gandum 1kg
Minyak sapi tin yang sederhana
Gula Aising (untuk salut diluar biskut)
Intinya
Kacang Goreng
Cara membuatnya:
Tepung gandum disangai(goreng tanpa minyak)dalam 10minit@sampai tepung tu rasa ringan (aiyok macam mana mau cerita ini..Tapi emmm faham kan??)
Sejukkan tepung kemudian campurkan dengan minyak sapi sampai jadik doh.
Bentukkan sesuka hati (nanie buat bentuk bulat)& masukkan kacang goreng sebagai inti.(nak kosong pun boleh)
Bakar dalam oven sampau masak..Nanie guna suhu 150' & bakar selama 10minit
Dah masak sejukkan dulu biskut sebelum disalutkan dengan gula aising.
Wednesday, September 1, 2010
Bila Afiq makan buah plum...
Afiq sekarang apa orang makan semua dia nak makan sama..Ibu makan buah plum dia nak jugak..Mula2 Nanie tak bagi jugak sebab masam tapi dia nak jugak..Last2 Nanie bagi je..Tengok la muka dia apa jadik bila makan buah plum masam tu..Dalam masam2 habis jugak sebiji kat dia..Seb baik tak sakit perut jer...
Wednesday, August 25, 2010
Lebaran ini...

Raya ini untuk sekian kalinya hubby tak dapat cuti..Sepatutnya turn hubby bercuti tapi disebabkan hal2 tertentu so hubby tak dapat cuti & as a wife tentulah rasa sangat sedih.Nampaknya hanya Nanie & anak2 yang akan balik ke kampung.Balik kampung tetap balik bcoz hubby bekerja di hari lebaran.Kalau Nanie tak balikpun nak raya dengan siapa kat rumah??Karang lagila meleleh sendiri jer..Raya belum sampai tapi bila dapat tahu pasal nie perasaan sedih tak boleh nak cakap sebab ini tahun ke 2 berturut2..Faham dengan jadual kerja hubby tapi hati kecil nie tetap terusik jugak.kami sekeluarga dah tempah baju sedondon bcoz this year sepatutnya memang turn hubby cuti raya.Tapi itu lah manusia hanya mampu merancang allah yang menentukannya..Tak apa la sayang ini bukan kali pertama cuma biasala perasaan nak nangis tu ada gaks ler.Nanie pun nak balik kejap jer raya kat kampung sebab anak2 pun bukan boleh lama tak tengok abahnya mula la nak demam (cehhh anak ke ibu pun sama???hehehe)..Alah bisa tegal biasa kata orang...
Friday, August 20, 2010
Kisah Rumput & Orang Yang Disayangi
Penuh pengertian cerita ini...
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya
pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut
sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara
pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik
sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu
nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa
yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas
sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil
memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa
menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput
yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu
bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang
berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang
rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik
maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling
cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung
padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara
yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh
menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh
petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa
dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi
yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di
depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi
kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak
lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita
sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan
perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat
perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita
jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan
banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika
perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita
mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita
dengan tulus dan ikhlas.
(sumber perkongsian : www.halaqah.net)
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya
pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut
sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara
pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik
sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu
nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa
yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas
sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil
memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa
menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput
yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu
bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang
berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang
rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik
maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling
cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung
padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara
yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh
menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh
petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa
dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi
yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di
depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi
kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak
lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita
sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan
perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat
perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita
jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan
banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika
perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita
mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita
dengan tulus dan ikhlas.
(sumber perkongsian : www.halaqah.net)
Thursday, August 19, 2010
19.8.2010

Hari ini dengan izinnya & limpah rahmatnya umur Nanie dah meningkat lagi & tarikh ini jatuh pada bulan yang mulia.Pada yang tersayang & kawan2 (ckin,zura,mas,vivian dll)yang wish for my birthday Tq so much luv u all.Bersyukur sangat pada yang esa atas segala nikmat yang dia kurniakan pada Nanie selama ini..Semoga kehidupan Nanie & keluarga akan sentiasa dirahmati & diberkati olehnya..Amin
Saturday, August 14, 2010
Afiq beraksi dengan motornya...
Friday, August 13, 2010
Saya sangat marah...

Sekarang saya rasa sangat marah..Macam2 yang jadi membuatkan saya marah.Ada yang tak bawak kunci rumah nak masuk rumah ketuk la kuat sikit supaya yang dalam rumah bukak.Tapi yang dalam rumah tido mati.Ketuk berpuluh kali pun tak bangun.Telefon pun tak jawab.Akhirnya saya yang tengah bekerja diganggu & dimarah pulak..Saya ke yang salah????Saya sangat sibuk kat office sebab ada yang suka tak datang keja.Jadik banyak betul benda yang perlu saya selesaikan.Tetiba ternampak pulak dalam paper ada yang buang bayi lagi..Itu pun buat saya marah..Giler punya manusia..Bayi tak berdosa main campak2 jer..Letak jer depan rumah saya kalau rasa tak nak..Tahu la saya nak uruskan bayi comel itu..
Saya rasa hari ini cepat naik darah sebab saya tak cukup tido..Anak saya demam panas so saya tido2 ayam sahaja risaukan anak saya..
Tapi saya cepat tenangkan diri istifar banyak2 sebab saya puasa mana boleh marah2 kurang pahala..Karang berkedut muka saya..Cepat tua kalau suka marah..
Jadik sekarang lepas tulis luahan ini saya tak marah lagi..Saya dah back to normal.Senyum semula.
Thursday, August 12, 2010
Aktiviti Malam...
Lagi gambar 8.8.2010
Sekitar Kenduri 7.8.2010
Wednesday, August 11, 2010
Masih dalam mood cuti...
Lepas cuti 5hari..Hari nie baru start keje so mood belum mari..Masih dalam mood bercuti.Lagipun badan masih penat lagi maklum la smalam petang baru sampai dari kampung..Cuti 5hari pun tak rehat sebab BIL kahwin so kalau ada kenduri mana ada rehat start sampai hari jumaat bawak ke isnin banyak je kejanya.Malam isnin balik rumak mak Nanie terus zzzzzzz..Pagi bangun sarapan & terus balik Puchong..Ingat nak rehat tapi anak2 yang mula tak sihat dari Ahad makin tak sihat..Kenduri ada buka counter cendol apalagi minum cendol tak hengat anak2.Tambah pulak ada yang tolong suapkan laju je la masuk mulut..Singgah klinik dulu check kakak & adik baru balik rumah dekat pukul 5 baru sampai..Rehat2 lepas magrib baru keluar rumah pegi beli barang untuk masak sahur.
SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA...
SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA...
Thursday, August 5, 2010
Hari Ini...
Tuesday, August 3, 2010
Ramadhan hampir tiba..

Tak lama lagi ramadhan akan tiba.Setiap kali tiba ramadhan Nanie sentiasa teringat kenangan masa kecik2 dulu..Kelakar,gembira,masam & manis semua ada.
Paling tak boleh lupa aktiviti ambik bubur lambuk kat masjid.Masa tu umur Nanie 6thn tak silap petang ambil bubur lambuk kat masjid bawak balik rumah.Tapi korang tahu apa bekal i bawak nak p ambik bubur lambuk tu???Nanie bawak sudu ok..Waktu jalan balik sambil belasah sudu bubur lambuk masuk mulut hahaha.(Nurul jangan tiru tau)..
Rindu suasana puasa kat kampung sekarang balik sesekali je dapat puasa kat kampung.Petang2 kat kampung ada aktiviti tukar2 juadah macam tradisi tetap.Rindu kenangan jalan ramai2 pergi terawih kat masjid.Rindu nak makan nasi ulam nenek buat..Sekarang nenek dah tak sihat dah lama tak makan nasi ulam yang sedap.Rindu saat menunggu waktu buka puasa dengan family..Rindu dengan segalanya yang pernah dilalui dahulu.Tapi masa yang berlalu tak mungkin dapat diputar kembali yang ada hanya kenangan untuk diingati..
Yang pasti ramadhan pertama tahun nie Nanie akan buka puasa dengan anak2 jer bcoz my hubby keje..Sedihkan..
Selamat berpuasa & menyambut ramadhan buat sahabat semua...
Monday, August 2, 2010
Order From Pasti Bistari
Subscribe to:
Posts (Atom)

