
Selamat menyambut hari raya aidilfitri yang bakal menjelang buat sahabat semua..Semoga aidilfitri ini disambut dengan penuh kesyukuran & kegembiraan.Maaf zahir & batin andai ada salah & silap.
Tentunya semua persiapan dah siap kan.Alhamdulilah persiapan Nurul & Afiq semua dah siap termasuk ibu & abah hehehe(nak jugak tu)itupun Jumaat lepas baru settle belikan semua.Anak2 Nanie paling gembira dapat baju baru la katakan tak sabar nak melaram..Hari2 kat rumah menerai kasut baru 2beradik tu sampai kena sorok takut lusuh sebelum raya.Kuih raya untuk rumah sendiri,Mak & MIL dah siap.Duit raya hemm belum masuk sampul lagi daa (hari nie akan disiapkan ok)..Beg baju pun belum packing uwaa..uwaa..Macam mana nak packing ibu susun dalam beg AFiq keluarkan balik..Pas sahur pagi nie nak susun baju tetiba jer Afiq bangun adoila macam mana nak susun nie..Memula dia tengok jer pas tu dalam mata yang still tak larat buka tu dia naik motor dia langgar semua baju yang Nanie dah lipat..Alahai anak ibu nape tak nak dok dendiam nie sayang..Sian ibu tau.Akhirnya keja ibu tak jadik jugak..Hem tak leh jadik kena siapkan hari jugak semua sebab esok malam dah nak balik kampung.Busy2 last2 minit nie tempahan kek pun ada gak.Rezeki jangan ditolak.Tak sabar nak balik kampung jumpa mak & abah..Dalam tak sabar tu sedih gak sebab my hubby tak ikut.Nanie akan balik ke sini(puchong) semula on 14-9 nak duduk lelama kat kg hubby pun tinggal sorang kat sini.Sian abah raya dengan kengkawan jer(nurul cakap)..Hopefully Nurul & Afiq (+++ibu sekali ye hehehe) jangan meragam rindukan abahnya sebab tak pernah berenggang..

SO untuk yang nak balik ke kampung pandu dengan dengan cermat & sabar..Berhati2 dijalan raya.Keta banyak time2 nie jalan sure sesak..Semoga bergembira di hari mulia..
1 comment:
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
:)
Post a Comment