Pages

Friday, December 24, 2010

Menu Malam 23.12.2010


Jarang NAnie cerita bab masak2 kan sebabnya Nanie memang hari2 masak cuma masak biasa2 je la.Hari nie kita cite bab masak2 ye..Sejak Nanie pregnant yang mengidam lebih2 is my hubby..Macam2 ok yang dia mintak..Smalam masa tengah keje hubby call & bgtahu dia belikan kepala ikan merah..Request suh masak sup kepala ikan merah..So balik keje terus la Nanie masak sup kepala ikan..isi ikan merah digoreng ini kegemaran Nurul..Sayur kacang buncis goreng telur..& the best part is sambal buah macang.My hubby bertambah2 sampai 3x..Nurul pun sama naik makan dengan abahnya bertambah2 jugak.Me dah makan awal2 pas masak sebab Nanie tak leh la makan lewat sangat sebu jer perut..Nak tunggu hubby balik kul 9.30mlm baru dia balik so hubby makan Nanie pemerhati & pelayan jer.Seronok jer tengok hubby lawan makan dengan Nurul.Sama naik selera abah & anak..Resepi tak yah share la..Itu sup guna rempah sup ikan Adabi jer.senangkan..Kata masakkan express pas balik keje so campak2 je..
Adios ye...muahhhh...

Thursday, December 23, 2010

Budget sekolah anak..


2-3 lepas dapat surat dari sekolah Nurul untuk pendaftaran darjah 1..Huik!!buntang mata tengok amound yang tertera..Mahal rupanya yuran sekolah..Patutla nak bukak sekolah ja ada la isu2 dalam paper pasal yuran..Baru ku tahu sebabnya.Ini baru yuran sekolah pagi..Sekolah petang belum kira lagi..Kelengkapan sekolah lagi.Dulu baju sekolah jual harga untuk sepasang hari tu p beli harga baju lain harga kain lain..huiyo semua dah mahal...Buku2 lagi.dok kira2 budget dengan hubby cecah la Rm800tu.Hemmm..Esok-esok kena menabung awal2 la kalau semua anak2 dah kesekolah.Dulu masa Nurul tadika sebab swastakan so tiada pilihan la terpaksa bayar mahal sebab kat area rumah Nanie tak ada tadika KEMAS..Ku ingat jimat sikit dah masuk sekolah rendah..rupanya sama jer.Otak ku terus terfikir patutla bila ku tengok Bersamamu kat TV3 tu banyak yang tak sekolah kalau susah inilah salah satu sebabnya(pendapat ku saja ye).Yang anak ramai lagi la..Berapa riban la kos diaorg..Apapun dah nama anak kan demi pelajarannya sanggup ku keluar belanja banyak mana pun..Janji dia belajar bersungguh2 untuk masa depannya..

Tuesday, December 21, 2010

Dah minggu ke-17..


Kandungan Nanie dah 17minggu.Perkembangan bb alhamdulilah dalam keadaan yang baik.Masa Nanie scan haritu Nanie & hubby sangat teruja dapat tengok bb bergerak macam mengeliat & buat pusingan daripada kepala dibawah sampai posisi dia berbaring.Hubby pun sangat teruja tengok dia bergerak..Jantina tak nampak lagi..Tapi hem...Nanie teka2 jer yer perempuan kot..Hehehe sebab ramai tegur ku makin berseri sejak pregnant hahaha(bukan perasan tau orang kata)..Smalam paling kelakar ok ada yang mintak berkat untuk hamil minta nak laga perut dia dengan perut Nanie..Kelakar pun ada tapi bagi jer dia laga perut dia dengan perut Nanie hahaha pertama kali dengar tau.Selalu orang minta pegang jer.Dah 17minggu muntah2 still tak stop lagi agaknya sama seperti yang terdahulu sampai bersalin la dok muntah2.Sabar kena lebih sikit bab nie sebab kenkadang bila dah keterlaluan mula la rasa down.Seb baik hubby sangat membantu & adik ada dok sekali pun banyak menolong Nanie jugak.kena charge energy positif selalu kalau tak sihat.Kaki dah start besar dari bulan ke 3 lagi.Kasut daripada size 6@7 sekarang pakai size 9.Ada jugak yang tegur Nanie dah kurus sikit..Kurus ker??Ku dah kembang macam belon ada la uwaaaaa...harap2 pas bersalin nie dapat la yang kembang dikecilkan semula.(kena usaha keras nie)& berdoa jugak pada allah supaya air susu badan akan banyak & bb akan dapat BF sampai usia yang sepatut..Mind setup nie untuk BF bb dari awal kena start.(Nanie punya stail la yek..Apapun Nanie sentiasa berdoa mohon yang terbaik sepanjang kehamilan ini.

Buah saburja.


Ini lah rupa buah saburja yang mak bawak balik daripada Mekah.Kebetulan mak pegi waktu nie musim buah Saburja so rezeki.Kata penjualnya buah nie bermusim macam musim durian kat Malaysia nie.Banyak khasiatnya tapi yang Nanie ingat buah ini sangat berkhasiat untuk ibu hamil macam Nanie nie.Sebelum makan mak suh selawat dulu..Macam buah pear kan.Tapi rasa dia ada kelat2 sikit.Sehari makan sepotong-dua jer.Mak suh makan hari2 tapi Nanie nie ingat makan kalau tak idok le hehehe.Tapi dah 2minggu lebih buah nie still elok lagi cuma colour dia jer dah makin kuning.Rezeki mengandung kali nie dapat makan buah dari mekah pulak..

Friday, December 17, 2010

Kenangan mak,abah & adik kat Mekah

Gambar2 kenangan mak,abah & adik ketika di Mekah..Seronok je tengok .Insyaallah nanti ada rezeki ingin jugak nak kesana..





Thursday, December 16, 2010

Syukur padamu Ya!allah


Sangat gembira sebab kebenaran akhirnya tersingkap..Walaupun tanpa pengakuan daripada yang menjadi "penghulu"kejadian tetapi kebenaran itu tersingkap jua.Bersyukur sangat.Harap2 lepas ini jangan la ada fitnah melanda keluarga ku lagi..Cukupla apa yang terpaksa kami sekeluarga hadapi selama bertahun2 ini hasil daripada agenda anda yang berjaya..Yang paling gembira tentulah emak yang sering menjadi mangsa.Tapi anda lupa kuasa allah melebihi segalanya..Doa2 orang teraniaya insyaallah akan dimakbulkan allah.Kami tak berdoa supaya kamu terima keperitan yang kami lalui.Kami cuma mohon agar allah singkap takbir kebenaran itu supaya yang benar tetap benar & yang salah ditunjukkan.Kesabaran kami semua menghadapi karenah pelbagai anda akhirnya berbaloi.Allah itu maha adil.
Walaupun anda berdoa yang bukan2 untuk emak sebelum ke Mekah sesungguh anda tak tahu betapa emak diberi kemudahan & kelapangan di sana.Layanan yang sungguh baik..Anda disini apa yang dapat???Emak tidak berdoa yang tidak baik untuk kamu semua..cuma emak mohon agar takbir kebenaran itu tersingkap.Kebenaran telah tersingkap..selepas ini jangan lah memporak perandakan ketenangan yang ada..Muhasabah diri sendiri & berhentilah membuat onar..Terima Kasih Ya!allah..hambamu ini bersyukur padamu...

Dah bersawang ker???

Blog Nanie dah bersawang ker??Sikit jer kan..Nie tuannya dah datang nak cuci.Busy sungguh le konon.Banyak aktiviti je start minggu pas mak,abah & adik balik mekah stay kat rumah Nanie 2hr..Sedara mara yang datang berziarah mak,abah & adik dirumah Nanie.Layan selera mak yang teringin nak makan itu ini hehehe.Mak,abah & adik dah kurus sikit pas balik dari Mekah.Pastu balik kampung sebab buat kenduri kesyukuran + anniversary mak abah..Balik Kl dengan Nanie yang asyik ke laut je(tak sihat).Diam tak diam dah 16minggu Nanie pregnant orang asyik tegur je perut Nanie besar.Siap ada yang teka Nanie pregnant kembar hehehe.Tak kembar la Nanie dah scan 1 je sicomel ku.Badan asyik lesu & lenguh2 je..Agaknya penat sangat kot @ bila usia dah meningkat ni ketahanan badan kureng.Itu yang bila pregnant tak macam yang pertama cergas jer..Yang ke 3ni asyik tak larat,lesu selalu & selera makan nan ado.Harap pas nie ok la.Dalam lesu2 pun gagah nie jika jenjalan hahaha..My hubby cakap kalau bab jalan larat je..Macam2 cerita ada nak share..nanti dah upload gambar akan share 1 persatu dengan kengkawan semua...Adios ya...

Tuesday, November 30, 2010

Award daripada K.laili jelita..

Pagi2 datang keje perkara wajib buat lepas punch card ialah BW hehehe ceriakan hati dulu jenguk kawan2.Jenguk blog yang wajib diterjah ialah bloq K.laili...tetiba nampak wah k.laili jelita nie terima award daripada blogger tersohor cik mat gebu wah!ini pun blog wajib singgah hebat..hebat...Teruskan bacaan lagi..eh K.laili jelita nie bagi Nanie jugak la award nie..La!La!La!gembira ler Nanie sebab "budak baru belajar berblog" kan so blog pun gitu2 aje..Tapi K.laili jelita yang semakin "fofular" dengan entry2 yang mengancamnya sudi bagi award kat Nanie...Tq so much k.laili..Muah!muah!muah!sayang akak..hehehe



Ini awardnya

TQ so much k.laili jelita

6 fav artis/singer/group :
Soalan mencabar nie hehehe sebab gitu2 je kat artis nie..
Maher Zain
Adibah Noor (betul ker namanya nie..Aduh ingat2 lupa gitu nama artis)
Elly Mazlin
Lisa Surihani
Rosyam Noor
P.Ramlee
(soalan macam senang rupanya jenuh juge memekiornya artisnya.)



Tag 10 bloggers : Nak tag saper yer...boleh tak..tak taruk nama sesapa yang datang kat sini & sudi ambik award nie..Nanie bagi kat korang sebagai tanda persahabatan di alam maya...hehehe so sudi..sudikan lah ye..

(Nota kaki : awal2 bulan nie busy sikit tambahan pulak smalam bercoti..Apalagi bertambun keje atas tray nie..Tapi gigih curi2 masa ambik award dari K.laili walaupun busy)

Saturday, November 27, 2010

Ulangtahun Perkahwinan Ke 7...


Rasanya macam sekejap jer masa berlalu usia perkahwinan Nanie dah 7thn..Alhamdulilah dengan 2 org cahayamata penyeri rumahtangga kami &&& next year seorang lagi penyeri akan datang..Tak ada apa yang Nanie mahukan selain kebahagian berkekalan & keberkatan allah dalam rumahtangga kami.
To my lovely hubby..tq untuk segalanya selama ini.Tq kerana menjadi seorang nakhoda yang baik untuk rumahtangga kita.Semoga rumahtangga kita sentiasa bahagia & bertambah mudah rezeki kita.Mendoakan hanya yang terbaik untuk kita...Amin.I luv u so much sayang...

Friday, November 26, 2010

Cikgu kesayangan Nurul..

Nurul dengan Cikgu Siti

Nurul dengan Ummi(semua orang panggil cikgu nie Ummi)


Nurul sangat rapat dengan cikgu2nya kat PASTI..setiap kali cuti Nurul asyik dok sebut2 pasal kerinduannya pada cikgu2nya..Terutama cikgu siti la..Sebab ini cikgunya dari umur 5thn..Masuk 6thn ummi yang mengajar dia..
Masa ontheway balik kg mgu pas tetiba dia bgtahu..Kakak nie rindu sangat kat Cikgu Siti & ummi.Tapi kakak simpan jer dalam hati..Ayat power tu.Nanie & hubby jadik kesian pulak dengar so hubby kata sms cikgu Siti minta alamat kg dia nanti kita singgah Teluk Intan waktu balik cari rumah cikgu Siti(maklum la cuti sekolah cikgunya balik kg la).So Nanie pun sms cikgu Siti dia & ahad ontheway balik Puchong ktorg singgah la Teluk Intan cari rumah cikgu Siti kat kg..Gembira betul Nurul jumpa cikgu kesayangan dia.Sempat la bertamu dalam 4jam jugak duduk melepak kat rumah cikgu Siti..6.30pm baru gerak balik..Lepaskan kerinduan Nurul kat cikgu Siti..Tunggu pulak turn Ummi..Ini Nanie plan nak jemput Ummi datang makan2 kat rumah..tunggu waktu sesuai supaya dapat hilangkan kerinduan Nurul kat ummi pulak..Hai!!Nurul macam2kan..

Wednesday, November 24, 2010

Lontong punya penangan..

Dari hari isnin teringin nak makan lontong & dari hari isnin sampaila selasa tak buka gerai pulak orang jual lontong tu..Ish!!macam mana nie keinginan tak boleh ditahan lagi nie..Pastu dalam hati rasa menyesal sebab tak pernah nak belajar cara buah kuah lodeh tu daripada mak..huhuhu..Disebabkan tak leh tahan nak lontong terus la cari resepi buat kuah lodeh nie..Macam2 resepi ada (tapi cam rasa pelik plak resepi yg jumpa tu taruk serai sebab mak tak taruk serai pun) last2 tanya kakak office mcmana dia buat samaada tumis @ rebus jer & cuba ingat macam mana mak punya kuah lodeh.Balik keje smalam terus beli bahan masak walaupun bahan tak cukup tempe tak ada..tauhu tak ada..Masak jugak sebab nak jugak makan ada sayur2 pun jadik la janji keinginan terlaksana..Dah masak kuah lodeh tentula kena ada kuah kacang ye tak..Maka hasilnya siap lontong air tangan ku..Berjaya.

Hasil air tangan ku...

Tuesday, November 23, 2010

Apa nie???



Korang tahu tak apa nie??Makanan tradisional nie.Jarang2 jumpa tetiba balik kampung jumpa orang jual terus beli.Tapi ituler keras la pulak namun rasanya sedap jugak.Nak jumpa yang sedap macam masa kecik2 dulu nan ado lah.Dah terjumpa orang jual pun nasib baik ok.Saper yang tahu namanya cuba teka kalau betul Nanie akan bagi hadiah ok.Sesiapa yang pertama dapat bagitahu namanya dengan betul Nanie akan bagi 2bungkus tepung kek segera yang confirm sedap hehehe..
Tak ada syarat apa just sesiapa yang dapat bgtahu nama makanan ini dulu akan dapat la tepung kek.Sesajer suka2..&&& saper yang suka leh le follow me ok...Good Luck ye..

Monday, November 22, 2010

Cantiknya....

Pemandangan indah kat Taman tasik Taiping..





Sepetang Di Taiping Lake Garden...

Masa balik kampung sempat la pegi jalan2 kat Taman tasik Taiping..Banyak tul pengantin yang sedang photoshot kat situ..Lebih 6pasang pengantin yang kitaorg jumpa.Warna popular pengantin sekarang merah putih & merah hitam.Afiq,Nurul & Nurin(anak buah) bukan gembira lagi kat situ...Layan Gambar ok...

Afiq yang gayat suh dukung dia turun...

Afiq jugak..

Nurul..(nampak tak belakang Nurul ada pasangan pengantin.Antara yang ktorg jumpa)

Nurul & Nurin

Nurul,Nurin & Afiq..

Tuesday, November 16, 2010

Mini Reunion SMTB - 3

Layan gambar lagi....Nak share jugak semua gambar hehehe
Nurul & Rofizah...

Nurul...

Nurul dengan kengkawan baru..

Afiq yang usha member sebelah...

Mini Reunion SMTB - 2

Gambar2 gelagat Afiq masa reunion..Bukan main manja dia dengan uncle2 semua walaupun ada yang dia baru jumpa sekali..Layan.gambar...

Afiq minat betul kat cermin aunty Ieta nie..Asyik melepak kat situ je nengok muka dia..Ieta ko dah polish balik tak cermin ko???

Afiq yang dok melekap kat uncle Wan..Sebenarnya dia makan gula2 sambil lap tangan dia kat baju unclenya..hehehe

Afiq yang seksi...


Afiq dengan uncle Azrul..

Afiq dengan uncle Nishan..Penting nie Afiq pewaris hartanya hahaha..Layan uncle nishan baik2 tau Afiq...

Mini Reunion SMTB

Mini reunion Sekolah menengah Tat Beng on 14.11.2010..Portnya rumah ieta (tq tuan rumah)Sangat gembira jumpa kawan2 lama yang dah lama tak jumpa..Ada yang 15tahun dah tak jumpa..Alhamdulilah jumpa kat facebook then buat mini reunion untuk member2 lama yang ada disekitar Selangor & KL.Majlis buat secara pot luck so yang datang bawak menu masing2.Lepas nie kita akan selalu berhubung..Seronok jumpa korang semua.





Thursday, November 11, 2010

Saya stress sudah???



Pagi nie bangun dengan rasa keadaan kelam kelibut.Afiq meragam nak dukung jer Nurul pun sama naik kejap2 nak roti..kejap nak susu.Macam2 ragam ada pagi nie.Sampai macam rasa tak cukup tangan.Afiq yang demam dah 2hr & dah 2 hr jugak la Nanie tido2 ayam takut nak tido sangat sebab risau suhu badan Afiq yang panas..Smalam Nanie dah cuti so hr nie kena la masuk keje (walaupun kepala rasa pusing2)walaupun risaukan Afiq tapi Nanie suh Nurul tak g sekolah temankan Afiq.Risau plak dia meragam macam2 kat rumah mama dia.Hubby plak keje shift malam so tak ada sapa nak tolong..Nanie dengan alahan tak habis2.Dugaan sungguh.Dalam keadaan macam agak stress macam nie..Nanie selalu cuba fikir yang positif untuk tenang kan diri sendiri.Dalam cuba bertenang pun dah meleleh air mata pagi nie.Rasa macam tak terjangkau dah.Perlu bercuti nie untuk ketenangan..

Nanie ada solution ketenangan sendiri ok..Kalau dah rasa terlalu "kembang" otaknya..So kempiskan sikit dengan makan...Coklat..

Pepagi dah layan coklat untuk ketenangan minda ku..hehehe..Lega....

Monday, November 8, 2010

My hubby pun "morning sickness"



Now Nanie dah 11mgu pregnant.Masih alami alahan,muntah2 & pening2 tapi tak ada la seteruk mula2 dulu.Tapi kalau dari pagi2 dah muntah2 teruk memang itu bad day for me la.Sekarang on off keadaannya tapi selera makan still out(tapi tak kurus pun hokey...)Setiap kali Nanie pregnant percaya atau tidak my hubby pun akan alami macam2..Sekejap demam la itu la ini..Pening la.Mengidam pun ada..Kalau hari Nanie tak sihat..My hubby confirm akan sihat.Kebetulan atau memang allah bagi hubby rasa sikit apa yang NAnie alami..Walaupun tak sepenuhnya tapi hubby still merasainya.Kalau Nanie segar my hubby la akan tak sihat.Semalam Nanie sangat sakit kepala tak boleh bangun hubby plak sihat.hari nie Nanie tak pening just muntah2 & macam biasa rasa tak selesa badan.Hubby plak pening sampai tak boleh bangun.Hubby call & bgtahu Nanie..Dia kata kali nie Nanie pregnant la dia paling rasa banyak tak sihat.Teruk..teruk katanya.Nanie cakap dengan hubby dia cuma ambik 25% je daripada apa yang Nanie rasa pun dah rasa teruk so bayangkan keadaan ibu yang akan bawak perut selama 9bulan.Hehehe bagi ceramah sikit..My hubby pun cakap aa..kan ibu sian ibu.Nanie pun kesian tengok hubby this time memang dia lagi teruk daripada yang pertama dengan yang kedua..Nanie cakap dah makin berumur so ketahanan badan makin lemah la.So sama2 kita doa banyak2 supaya allah permudahkan kita kali ini..Kuatkan semangat kita.&& baby yang sihat.Dugaan ye sayang..Tq jugak sebab sabar melayan ibu masa tengah macam2 nie..Luv u ya..Kesabaran & kasih sayang yang dicurahkan amat dihargai ok..

Monday, November 1, 2010

Nurul birthday..6thn...



Hari ini birthday Nurul yang ke-6..Pagi2 bila Nanie & hubby wish birthday untuk dia..Dia sudah tanya "ibu kek kakak mana"..Adus!!memang tak larat nak buat sebab Nanie alahan..Tapi kesian pulak bila dia tanya..Hem!balik nie kena la "gagahkan" siapkan kek untuk dia.Ingat nak hantar goodie pack je ketadika.Sekejap jer rasanya masa berlalu Nurul dah 6thn..Kakak dah besar sayang..Ibu doakan yang terbaik untuk kakak.Luv u so much.